Masakan Thai seperti tomyam, miang pla, som tam, pad Thai dan sebagainya biasa menggunakan sos ikan untuk menambah perisa, rasa sedap dan asli dari negara gajah putih itu.
Di Malaysia sajian Thai boleh dikatakan sangat mudah untuk dijumpai di mana-mana termasuklah juga bahan-bahan dalam masakannya.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai keburukan sos ikan pada kesihatan tubuh badan manusia.
Sos ikan merupakan sejenis cecair berwarna kuning gelap yang terhasil dari ekstrak pemerapan ikan dan garam laut.
Sos ini sudah sebati menjadi baha ruji dalam kebanyakkan masakan di Asia Tenggara dan pantai Asia Timur seperti masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam, dan Malaysia.
Ramai yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasa yang ditambah semasa proses memasak.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa ia juga amat sesuai dijadikan bahan asas untuk perasa kuah celup, sup, umami, dan sebagainya.
Bahan utama yang menghasilkan sos ikan adalah ikan bilis, garam, dan air. Ikan bilis dan garam ini akan disusun dalam sebuah tong kayu lalu diperam.
Tekanan yang kuat akan berlaku sehingga menghasilkan cecair masin hanyir dari proses pemerapan tersebut.
Terdapat banyak jenama sos ikan yang dijual di pasaran Malaysia hari ini. Ada yang memang buatan Malaysia, dan ada juga yang dari negara jiran tetangga kita sendiri.
Jadi, berikut ini kami senaraikan antara jenama sos ikan yang terbaik dan mendapat kelulusan Halal untuk digunakan oleh masyarakat Islam khususnya.
Sos ikan sungguhpun ia enak sebagai penambah rasa makanan, namun tentunya masih mempunyai kesan sampingan kepada tubuh badan kita.
Di sini kami kongsikan kepada anda lima keburukan sos ikan pada kesihatan manusia.
Kajian menunjukkan pada setiap satu sudu besar purata kicap ia mengandungi 61 peratus daripada pengambilan garam harian yang disarankan.
Pengambilan sos ikan yang berutin setiap hari akan mendedahkan diri kepada risiko tekanan darah tinggi, komplikasi jantung dan masalah kardiovaskular serta obesiti.
Mikroorganisma mudah terbentuk dalam produk-produk sos ikan oleh kerana produk itu tidak disterilkan. Semasa penapaian, bakteria tahan garam bertindak dan mengubah sifat pemakanan, warna dan konsistensi sos.
Walaupun jumlah garam yang tinggi dalam produk bertindak sebagai pengawet, sos ikan dipasteurisasi. Pempasteuran merupakan rawatan haba yang mengurangkan jumlah mikroorganisma dalam produk makanan
Sos ikan sangat kaya dengan histidine asid amino yang mempunyai kapasisi antioksidan tertentu.
Ia digunakan untuk pelbagai mikroorganisma dalam membentuk histamin iaitu sejenis bahan yang mempunyai keupayaan mencetuskan wabak keracunan makanan jika ia terkumpul dalam makanan.
Namun kepekatan histidin ini bergantung sepenuhnya kepada spesis ikan atau hasil laut yang digunakan untuk menghasilkan sos ikan tersebut.
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser usus.
Kanser jenis ini akan menyerang bahagian kolon, usus, dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).
Kandungan garam yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan kita terkumpul dan membebankan buah pinggang.
Mereka yang menghidap penyakit ini akan lebih sensitif tergadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Apa sahaja makanan yang kita makan tidaklah memudaratkan selagi mana ia diambil dalam kuantiti yang tepat dan tidak melebih.
Namun begitu bagi anda yang ingin mencari pengganti yang lebih baik dari sos ikan, berikut ini kami kongsikan beberapa pilihan yang ada.
Selain dari keburukan sos ikan ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan keburukan makanan seperti:
Rujukan: