Nah tahu khasiat teh hijau atau dikenali dengan nama saintifiknya Camellia sinensis? Anda suka minum air teh hijau?

Kalau tidak suka, selepas ini pasti pandangan anda tentang pengambilan teh hijau berubah selepas membaca kebaikan teh hijau yang kami tulis ini.

Banyak khasiat dan kebaikan dengan mengmabil teh hijau.Serta kami kongsikan post viral di Facebook cara minum teh hijau agar cepat kurus.

Rahsia Panjang Umur Rakyat Jepun

Satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang.

Ini kerana teh hijau yang berasal dari negara Cina ini melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut.

Berikut adalah fakta kesihatan dari teh hijau:

1001 Kebaikan Teh Hijau Untuk Kesihatan Secara Umum

Imej via Bidadari

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.

2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.

4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan. Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.

6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.

7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.

8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.

10.Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

11.Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.

12.Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.

13.Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.

14.Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.

15.Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.

16. Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.

17. Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.

19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

20.Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.

21.Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.

Ada banyak pendapat mengenai berapa banyak anda perlu minum teh hijau dalam sehari. Ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 2 cawan dan ada juga yang mencadangkan sekurang-kurangnya 5 cawan sehari.

Sekiranya anda ada masalah kesihatan atau sedang hamil, cuba dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu.

Kebaikan Teh Hijau Menurut Kajian Saintifik

  • Rasa aroma teh hijau yang tersendiri adalah disebabkan kehadiran komponen L-theanine yang dijumpai dengan banyaknya dalam daun teh (hampir 50%), yang turut memberikan rasa umami. Kajian berterusan terhadap komponen ini membuktikan peranan L-theanine sebagai agen anti-penuaan, antitumor, mengurangkan keresahan dan tekanan serta membaiki fungsi jantung.
  • Teh hijau mengandungi catechins yang dilaporkan mempengaruhi kepekatan mineral dalam tubuh supaya berada di tahap yang optimum dan menjadikan tubuh lebih sihat.
  • Tambah menarik, theanine dalam teh hijau membantu mengekalkan fungsi pertahanan tubuh, mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kepekaan sistem pertahanan tubuh.
  • Teh hijau juga sering dikaitkan dengan memberi ketenangan dan cara untuk cepat lena tidur. Namun, kajian-kajian sebegini perlu diperluaskan lagi kerana data sedia ada masih belum cukup konklusif. Terdapat kajian yang memerhatikan perbezaan kualiti tidur dalam kalangan responden yang aktif dalam kehidupan seharian apabila mengambil teh hijau sebelum tidur.
  • Kandungan polifenol dalam teh hijau melindungi fungsi tulang. Ketumpatan dan kehilangan jisim tulang boleh dikurangkan apabila komponen ini hadir untuk menghalang ketoksikan kadmium dalam sum sum tulang.

Tips Popular Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus

*Artikel ini datangnya daripada Tuan Harith Faisal yang menjadi viral. Tentang tips menguruskan badan melalui teh hijau. Sumber adalah melalui Facebook dirinya.

Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.

Okay kejap. Saya Google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari:

  1. Dapat berikan tenaga.
  2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
  3. Dapat tingkatkan metabolisma.
  4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

Kat mana nak beli? 99 Speedmart.

Saya pakai dua jenama teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

Kebaikan teh hijau

1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)

2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Diet teh hijau
diet teh hijau

Dalam kajian yang melibatkan kerjasama daripada penyelidik-penyelidik dari China, Pakistan, Mexico, Iran dan India pada tahun 2017, mereka mengulas dan meringkaskan beberapa kebaikan teh hijau berdasarkan penemuan kajian saintifik yang telah dijalankan, antaranya:

Kesimpulan

Bagaimana? Teruja dengan tips yang dikongsi? Jom cuba teh hijau.

Namun diingatkan sekali lagi bahawa pengambilan apa-apa makanan dan minuman sekali pun perlulah diambil secara besederhana.

Teh hijau boleh diamalkan sebagai minuman harian tetapi janganlah kita terlalu taksub dengan kesan kesihatannya kerana setiap daripada kita mempunyai sistem tubuh yang berbeza-beza berdasarkan cara hidup dan latar belakang kita juga.

Rujukan

  1. Healthline
  2. Lifehack
  3. Chacko, S. M., Thambi, P. T., Kuttan, R., & Nishigaki, I. (2010). Beneficial effects of green tea: a literature review. Chinese medicine5(1), 1-9. (link)
  4. Saeed, M., Naveed, M., Arif, M., Kakar, M. U., Manzoor, R., Abd El-Hack, M. E., … & Karthik, K. (2017). Green tea (Camellia sinensis) and l-theanine: Medicinal values and beneficial applications in humans—A comprehensive review. Biomedicine & Pharmacotherapy95, 1260-1275. (link)

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat teh hijau, kami juga menulis khasiat sumber yang lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.

Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.