Tahukah anda, satu beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa yang mempunyai 3 situasi yang berbeza. Setiap situasi memerlukan komponen darah yang berbeza kerana ia mengikut kecederaan pesakit. Oleh itu, satu beg darah dibahagikan kepada 3 jenis komponen darah.

Apakah komponen-komponen darah tersebut ? Apakah fungsi-fungsi komponen tersebut ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 komponen darah hasil daripada satu beg derma darah. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Kegunaan 3 komponen darah

kebaikan 3 komponen darah

Imej via Facebook

◾Sel Darah Merah (Packed Red Blood Cell)

Ini sel darah merah yang diasingkan dari cecair darah. Sel merah adalah sel yang membawa oksigen dari paru-paru ke sel tubuh badan.

Transfusi sel darah merah diperlukan dalam kes anemia yang kritikal akibat pendarahan, kecacatan sel darah merah (misalnya pada talasemia ), dan anemia pada barah atau kegagalan buah pinggang kronik.

◾Plasma Segar Beku (Fresh Frozen Plasma)

FFP adalah komponen darah yang terdiri daripada semua faktor pembekuan darah. Kekurangan faktor ini, menyebabkan pendarahan lambat/tidak berhenti.

Lazimnya jenis transfusi ini diperlukan oleh orang yang mengalami gangguan pembekuan darah yang mengalami pendarahan yang banyak, serta dalam pembedahan-pembedahan besar.

◾Platelet Pekat(Concentrated Platelet)

Selain faktor pembekuan di dalam FFP, platelet juga memainkan peranan penting dalam proses menghentikan pendarahan.

Antara penyakit yang memerlukan tranfusi platelet pekat adalah leukemia, anemia aplastik (gangguan pengeluaran sel darah kerana sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah), atau denggi berdarah.

Ada 2 lagi lagi komponen yang anda perlu tahu

◾Cryoprecipitate

Seperti FFP dan Concentrated Platelet, cryoprecipitate juga membantu pembekuan darah. Ia mempunyai juga faktor pembekuan darah.

Salah satu kelebihan cryoprecipitate adalah merawat pendarahan pada hemofilia. Hemofilia adalah penyakit genetik yang hanya dialami oleh lelaki, yang bercirikan kekurangan faktor pembekuan VIII atau faktor IX.

◾Darah Utuh (Whole Blood)

Transfusi semua komponen darah yang tidak dipisahkan, tetapi semuanya diberikan secara langsung melalui proses pemindahan darah.

Transfusi darah jenis ini diberikan dalam kes pendarahan teruk, misalnya setelah kecederaan akibat kemalangan atau semasa pembedahan besar. Ia sudah jarang dilakukan, namun masih ada kegunaan.

*Dermalah darah jika anda berkelapangan masa dan mempunyai kesihatan badan yang baik. Satu beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa manusia. Anda adalah hero kepada pesakit yang memerlukan penderma. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.