Sebagai pecinta kucing, anda semestinya mahu kucing anda sihat dan cantik. Tentu anda akan berasa risau jika kucing anda didatangi penyakit. Antara penyakit yang paling biasa adalah kutu. Setiap kucing tidak akan lari daripada penyakit kutu kucing ini.

Penyakit kutu kucing ini mungkin penyakit biasa tetapi jika tidak ditangani dengan segera ia boleh menimbulkan penyakit lain yang lebih bahaya. Jadi, bagaimanakah kaedah yang bagus untuk membunuh kutu kucing ini?

Mari kami kongsikan kepada tips mengenai kaedah membunuh kutu kucing. Tips ini dikongsikan oleh Puan Tyra Theera. Beliau ingin berkongsikan ilmu mengenai kaedah yang mudah untuk membunuh kutu kucing. Mari kita baca tips yang diberikan oleh puan Tyra.

Apa itu kutu kucing?

Image via Facebook

Kutu kucing atau dikenali sebagai Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah yang boleh dijumpai pada badan kucing.

Kutu kucing hidup di badan kucing dan menyebabkan kegatalan yang melampau .Sebab itu mereka melakukan aktiviti menggaru menggunakan kuku secara ekstrem .Kadang-kadang tahap kegatalan itu sampai mencederakan kulit kucing .

Kaedah untuk membunuh kutu kucing.

Kaedah yang dibuat untuk bunuh kutu terbabit :

Bahan-bahan:

bunuh kutu kucing
Image via Facebook
  • Air
Image via Facebook
  • Garam

Cara penyediaan:

Bancuh garam dengan air panas kacau sampai larut .
Sebab apa air panas ? kenapa bukan air biasa ? Air panas tu lagi mudah untuk kita larutkan garam dik nooo .

Cara aplikasi:

  • Lepas dah larut air garam tadi jangan terus curah ke kucing kang melecur pulak kucing tu .Nak bunuh kutu bukan nak bunuh kucing naaa dik noon. Make sure air garam tu suam-suam manja gitchuuuu .
  • Lepas dah bagi mandi kucing dengan air garam biarkan seketika dalam 10 minit .Lepas tu bilas dengan air biasa .Jangan tak bilas pulak sebab air garam itu sifatnya panas cekk oiii .

Selapas mandi kita akan nampak kutu tu jatuh di lantai bertaburan arwah habeh semua kutu tu .

Mission accomplished 👏

*Selepas semua kutu di badan kucing telah dibuang, kita masih perlu memeriksa tubuh kucing. Kita perlu periksa dari semasa ke semasa agar tidak ada lagi masalah kutu kucing.

Ikuti tips seperti yang dinyatakan oleh puan Tyra, Insyaallah kucing anda akan sihat dan bebas dari kutu kucing. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.