Daging boleh dimasak dengan pelbagai resepi. Sebagai contohnya, daging masak lemak cili api, daging masak kari, daging masak asam pedas, daging goreng kunyit dan pelbagai lagi. Bagi penggemar daging, semestinya mereka akan makan lauk atau makanan yang berasaskan daging.

Tapi, ada juga sesetengah orang tidak begitu gemar makan daging kerana daging susah untuk dimakan, ia dikatakan liat. Daging jika tidak dimasak dengan baik, ia susah lembut dan akan menjadi liat. Itu adalah salah satu alasan orang tidak gemar makan daging.

Apakah cara yang mudah boleh melembutkan daging?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kaedah lembutkan daging dengan mudah. Info ini dikongsikan oleh Encik Khairul Hakimin. Beliau merupakan penulis sepenuh masa dan mempunyai 20 lebih buah buku. Guru content di social media dan mengadakan kelas, personal coaching, group coaching, seminar untuk membantu audien menulis dan menggunakan content yang sesuai dan betul mengikut kepakaran, kemahiran dan jenis bisnes itu sendiri.

5 Kaedah lembutkan daging dengan mudah

kaedah lembutkan daging
Image via jateng.tribunnews

1. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.

2. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.

3. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.

4. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan.

5. Perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit.

*Mudahkan petua yang diberikan oleh Encik Khairul ini. Boleh ikuti 5 kaedah berikut. Selepas ini, bolehlah masak daging dengan hati yang senang kerana sudah tahu cara yang betul untuk lembutkan daging. Tiada lagi nak bertungkus lumus makan daging yang liat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.