Jom kenali jenis bunga orkid. Selama ini, anda nampak semua hampir sama sahaja kan? Sebenarnya ia ada berpuluh ribu jenis spesies.
Pokok orkid atau juga dikenali sebagai anggerik merupakan tanaman hiasan komersial yang bernilai tinggi. Sebenarnya, nama ‘orkid’ merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris ‘orchid.’
Ia merupakan keluarga terbesar pohon berbunga angiosperma. Terdapat lebih 22,000 jenis spesies orkid di dunia. Pokok ini dikategorikan sejenis tumbuhan eksotik yang asalnya hidup liar di hutan-hutan.
Peminat pokok orkid sanggup mengumpul pelbagai jenis spesies orkid yang cantik dan bernilai tinggi. Setiap spesies tersebut mempunyai jenis bunga, corak, warna, bentuk daun dan cara penjagaan yang berlainan.
Ada 1 fakta unik yang anda perlu tahu tentang orkid. Vanila yang sering dijadikan bahan perisa di dalam pemanis mulut atau minuman merupakan keluarga orkid. Wah, menarik kan!
Tahukah anda terdapat 2 jenis pokok orkid yang utama? Iaitu jenis orkid liar dan orkid hybrid. Apakah beza kedua-duanya?
Orkid liar ialah orkid tulen atau asli yang tumbuh meliar di dalam hutan. Disebabkan ia tumbuhan liar, cara penjagaannya juga berbeza mengikut tempat dan cuaca habitatnya. Orkid liar lebih mudah dijaga dan senang berbunga. Namun, biasanya bunganya tidak tahan lama.
Orkid hybrid ialah ialah pokok yang telah dikacukkan di antara genus atau keluarga yang sama. Pokok hybrid mendapat permintaan paling tinggi di Malaysia. Jenis pokok ini sangat lambat menghasilkan bunga. Namun, bunganya lebih tahan lama.
Ia lebih diminati dan popular disebabkan warna dan bentuk bunga yang lebih cantik. Malahan, pokoknya juga lebih tahan lama, lasak berbanding orkid liar. Yang lebih menarik hati kerana saiz bunganya yang besar-besar berbanding orkid liar.
Terdapat beberapa jenis spesies orkid liar yang mudah dijumpai di negara kita. Antaranya ialah:
Orkid jenis ini merupakan sejenis tumbuhan epifit. Epifit bermaksud pokok orkid ini menumpang pada tumbuhan lain. Namun, ia bukanlah sejenis pokok parasit yang menyerap makanan pokok yang ditumpangnya. Ia mampu membuat makanannya sendiri.
Orkid merpati ini mempunyai bentuk yang terjuntai dan berserabut. Ia mudah didapati di pokok-pokok seperti pokok getah, rambutan, kelapa sawit dan sebagainya. Biasanya ia hidup pada dahan kayu yang telah tua.
Nama lain bagi orkid jenis ini ialah orkid desa, anggerik desa, white dove orchid dan sepulih anggerik. Bunganya berwarna putih dan sangat harum. Namun, bau bunganya hanya bertahan sehari sahaja.
Spesies orkid ini mempunyai batang dan berdaun tirus. Daunnya kelihatan seperti rumput atau daun buluh. Ia akan berbunga lebat selepas hujan lebat. Bentuk bunganya sangat unik iaitu tumbuh secara berkembar pada setiap tangkai.
Tangkai bunganya sangat pendek. Bunga orkid jenis ini bersaiz kecil dan hanya bertahan selama sehari.
Spesies orkid ini mudah ditemui di hutan-hutan Malaysia dan Sumatera. Batangnya pendek dan daunnya tumbung bercabang-cabang. Pokoknya boleh tumbuh dengan besar.
Ia mempunyai daun dengan ketebalan 3 cm dan hujungnya runcing. Saiz bunganya sangat kecil iaitu kira-kira 1 cm dan tumbuh di bawah batang. Bunga orkid spesies ini mengeluarkan bau wangi. Bunga juga tidak tahan lama.
Negara-negara seperti India, Myanmar dan Vietnam menggelar spesies ini sebagai aerides falcata. Kelopak bunga ini mempunyai pelbagai jenis warna. Biasanya warna yang ditemui ialah kuning kehijauan, oren atau coklat cair. Hujung kelopaknya selalu berwarna ungu.
Antara jenis spesies orkid yang telah mengalami proses kacukan atau hybrid ialah:
Spesies orkid sangat mudah berbunga. Ia menjadi pilihan peminatnya kerana mudah dijaga. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk tumbesaran dan kesuburan pokoknya.
Bunga mempunyai kelopak yang panjang-pamjang dan melentuk ke bawah. Bunga ini berbau wangi. Daunnya panjang-panjang seakan-akan lalang. Bunga berwarna kuning pekat, kuning cair, merah jambu dan sebagainya. Mempunyai corak berbintik-bintik berwarna merah.
Orkid spesies cattleya merupakan orkid liar. Namun, disebabkan ia mempunyai bunga yang cantik, maka cattleya sangat popular menjadi orkid hybrid. Antaranya ialah schomburgia burgundy, netrasiri beauty red face, nakornchaisiri yen dan sebagainya.
Pokok jenis ini perlu dipindahkan ke dalam pasu besar supaya ia dapat terus membesar. Apabila mendapat cahaya, baja dan air mencukupi, ia akan mula berbunga dalam masa 8 hingga 12 bulan.
Terdapat pelbagai jenis orkid hybrid yang lain dendrobium thyrsiforum, zygopetalum murasaki komachi, catasetum hybrid dan banyak lagi. Biasanya pokok orkid yang dikacukkan mempunyai pokok induk yang cantik, wangi dan unik.
Di Malaysia orkid Cattleya hybrid dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Negara (MARDI) sejak tahun 2003. Antara pokok orkid cattleya yang dikacukkan ialah cattleya Datin Robiah, cattleytonia Datin Zuraidah dan cattlianthe Datin Rahailah.
Terdapat beberapa jenis spesies orkid yang menjadi kegilaan peminat bunga orkid di Malaysia iaitu dendrobium, vanda, oncidium, cattleya dan sebagainya. Kesemua bunga orkid ini sama ada yang liar atay hybrid mempunyai ciri-ciri yang unik dan istimewa.
Tidak hairanlah para peminatnya sanggup berhabis duit demi menambah koleksi mereka. Selain bunganya yang cantik, kelopak yang berwarna-warni dan berbau harum, bunga orkid mempunyai nilainya tersendiri.
Kini, pokok orkid bukan sahaja ditanam di halaman rumah tetapi juga menjadi hiasan dalam majlis-majlis rasmi. Malah, melalui teknik hybrid yang dibangunkan, ia juga menjadi sumber pendapatan negara dalam sektor pelancongan dan import bunga-bungaan.
Diharapkan para pembaca mendapat manfaat tentang topik jenis bunga orkid yang dibincangkan ini. Jika anda ada koleksi bunga-bunga orkid, bolehlah dikongsikan dengan kami. Jangan lupa juga berkongsi tentang cara penjagaannya sekali.
Jemput baca juga tentang jenis pokok pandan dan jenis-jenis bunga yang popular di Malaysia.
Anggerik Merpati (link)
Hybrid Orkid (link)
Hibrid Orkid Cattleya MARDI (link)