Rezeki dalam rumahtangga adakalanya banyak dan adakalanya kurang. Argh itu semua normal. Memang dah menjadi satu perkara biasa apabila didatangkan ujian dalam bentuk kewangan begini pada pasangan suami isteri, lagi-lagi bagi yang ada jumlah anak yang agak ramai.
Seringkali juga apabila masalah ekonomi rumahtangga berlaku begini maka si isteri akan cenderung untuk turut ikut berkerja. Ini adalah satu sikap amalan yang mulia, iyalah secara tidak langsung ia dapat juga meringankan beban yang perlu di tanggung oleh suami. Alhamdulillah, sangat bagus dan adalah sangat bertuah juga bagi suami yang dapat isteri begini.
Namun, sayang seribu kali sayang apabila turut berlaku masalah rumahtangga yang berpunca dari sikap isteri itu sendiri. Bukan kerana sikap malas tetapi sikap boros suka berbelanja yang bukan-bukan mengikut kehendak hati hingga melupakan apa yang wajib.
Sedih rasa hati ini apabila sering melihat pelbagai cerita begini di media massa yang berpunca dari salahfaham yang melibatkan duit. Eh! Kenapa mesti nak boros jika dah kewangan sedang tenat. Bukankah lebih baik jika wang pendapatan yang diperolehi itu disimpan dan dibelanja untuk perkara yang lebih penting dulu terutama untuk masa depan anak-anak. Tak dinafikan sikap seorang perempuan itu memang suka untuk membeli itu dan ini, terapi katanya… tetapi belilah apa yang patut saja… tak salah kan?
Antara perkara yang patut diutamakan itu adalah seperti :
Mungkin akan ada wanita di luar sana yang akan menganggap mereka telahpun berbelanja dengan bijak, saya sendiri pun kadangkala merasakan yang sama. Tetapi hakikatnya wanita ini (termasuk saya sendiri) akan mula meratapi kehilangan jumlah wang yang agak besar ketika berbelanja hanya setelah kembali berada di rumah. Masa shopping tadi? Hmmm kepala dan otak sama sekali tak boleh berfikir secara waras! Aduh…
Wanita tahu berbelanja ketika membeli belah dengan membayar untuk perkara yang kurang penting itu adalah perkara yang tidak baik dan boleh membawa masalah kepada perkara yang lebih teruk di masa depan. Inilah yang dikatakan sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Sedihnya wanita-wanita seperti saya ini seringkali tewas oleh godaan syaitan ketika berbelanja. Pantang ada duit kat tangan! Ah ruginya!
Untuk bantu control sikap para isteri yang suka berbelanja ini, siapa lagi jika bukan suami si wanita itu sendiri. Ya! Para suamilah insan yang paling tepat untuk atasi masalah yang amat patut dikurangkan ini. Cara nak control sikap boros isteri ini mungkin nampak sedikit susah namun sebenarnya ada banyak tips yang boleh dipraktikkan.
Antara 10 tips bagaimana untuk control sikap isteri yang suka berbelanja dengan boros ini adalah :
Hidup bersama maka buatlah segalanya bersama. Apabila tiba hari terima gaji, balik ke rumah nanti sila kira duit itu semua ingin dibelanjakan untuk apa. Tolak satu demi satu dan akhirnya beri pada isteri untuk nafkah dan belanja isi dapur. Dengan cara ini isteri akan faham berapa wang kelaur masuk untuk perbelanjaan anda sekeluarga.
Jika kebetulan isteri juga berkerja maka bahagikan tanggungjawab secara sama rata dan wujudkan juga satu akaun simpanan khas. Bahagikan jumlah keseluruhan bayar semua hutang dan bil secara sama banyak (jika gaji isteri sama tahap) dan khususkan juga sejumlah wang untuk simpanan masa depan dan juga percutian seronok di hujung tahun.
Jika dah isteri asyik suka membeli saja maka memang tidak boleh diberikan wang dalam jumlah yang banyak ke tangannya. Bimbang nanti semua habis di belanja dan akhirnya si suami pula perlu beri wang lagi dan lagi secara berulangkali. Daripada situasi itu berlaku adalah lebih baik jika suami beri wang nafkah pada isteri secara berperingkat.
Jika barang dapur habis, sila teman isteri untuk beli apa yang patut. Jangan dibiarkan isteri pergi seorang diri jika anda sendiri dah tahu yang isteri anda itu seorang yang tidak tahan godaan.
Cara no 5 adalah dengan menyediakan hukuman yang setimpal. Sebagai contoh jika isteri berbelanja lebih dari sepatutnya untuk bulan tersebut maka wang belanja untuknya di bulan depan akan dikurangkan bagi membayar semula lebihan wang telah dibelanjakan pada bulan ini.
Si suami juga boleh menghukum dengan cara tidak membawa isteri keluar jalan di hujung minggu.
Berbelanja tak bermakna perlu keluar dari rumah ke mana-mana kedai atau pasaraya. Paling takut sekarang adalah shopping online yang bila-bila masa boleh di beli itu ini tanpa sekatan. Lagi-lagi jika di pancing dengan tawaran harga murah dan sebagainya.
Maka salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menukar password wifi di rumah. Bila dah tak boleh online, bagaimana lagi nak shopping.
Jika tektik no 1 hingga no 7 tak berjaya, kali ini para suami patut gunakan cara yang lebih keras sedikit. Keras di sini bukannya yang melibatkan pukulan tapi hanyalah ugutan. Ugut untuk ambil semula kad kredit dan akan kurangkan juga belanja bulanannya, rasanya ini akan dapat membuka mata isteri bahawasanya anda benar-benar serius!
Para suami boleh juga mohon bantuan daripada ahli keluarga mertua. Si suami boleh minta ibu bapa mertua atau abang dan kakak ipar untuk menasihati si isteri dengan sikapnya yang suka boros itu.
Ingat isteri saja ke yang boleh merajuk? Suami pun boleh merajuk tau! Jika keluarga mertua nasihati isteri pun tak jalan, apakata kali ini anda tunjuk sikap protes dengan lari balik ke rumah mertua dengan anak-anak. Gerenti si isteri akan tersentak dan terkesan dengan perbuatannya sendiri yang tak hendak dengar cakap selama ni.
Jangan lari ke rumah ibu bapa sendiri pula kan tak pasal daripada ingin tukar sikap isteri dah jadi ke tahap bercerai berai.
Ini gerenti akan berhasil. Beri amaran dengan perkataan sedikit tegas tapi jangan pula dalam nada marah. Cakap jika terus begini tak mustahil akan cari seorang isteri lagi yang boleh dengar cakap anda dengan baik.
Isteri tentu akan kecut perut tahap tak boleh bawa bincang. Amaran keras beritahu nak kahwin lain kot… mana boleh tahan! Kalau saya sendiri pun rasanya kat situ juga saya nangis tahap sampai meleleh air hidung. Siapa tak sayang suami dan anak-anak oi. Antara sikap buruk suka shopping dengan suami dan anak-anak, sah sah akan pilih suami dan anak-anak lagi.
Itulah antara kaedah bagaimana untuk atasi sikap isteri yang suka boros berbelanja. Semoga dengan adanya panduan ini, para suami akan dapat menarik nafas yang lebih lega. Ameen.
Sumber :