Seringkali apabila kita mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran si manja, pasti ibu-ibu akan mula mencari sesuatu yang menarik untuk dijadikan buah tangan buat tetamu yang hadir.
Antara yang sering diberikan ialah biskut berwarna-warni mahupun makanan ringan seperti jeli, coklat dan gula-gula.
Namun, sedarkah kita bahawa makanan ringan yang sarat kandungan gula serta pewarna dan pengawet itu sebenarnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan. Apa kata kita cuba berikan sesuatu yang lain yang lebih menyeronokkan serta bermanfaat.
Image via Flickr
Selain menarik perhatian kerana berwarna-warni dan rasanya yang pelbagai, buah-buahan juga kaya vitamin yang menyokong perkembangan otak dan badan. Secara tidak langsung, ini juga dapat memupuk tabiat pemakanan yang baik dalam diri anak kecil.
Image via OneStylishBride
Pastinya sesuatu yang sangat menggembirakan jika ada yang menghadiahkan set alat tulis ataupun pensel warna / krayon kepada anak kecil. Sudah tentu buah tangan tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya untuk melukis atau mewarna.
Image via Pexels
Seawal usia 2 tahun, kanak-kanak sudah boleh dilatih menggunakan gunting. Ini dapat membantu koordinasi tangan dan mata anak-anak, menajamkan kemahiran motor halus serta kekuatan tangan untuk menggunting.
Image via Amazon
4. Playdoh / modeling clay
Playdoh / set modeling clay juga amat menarik jika dijadikan hadiah. Bermain playdoh / tanah liat sangat digemari oleh kanak-kanak. Selain membantu mengembangkan kreativiti, permainan ini juga mempunyai efek terapeutik.
Image via Flickr
5. LEGO / Building blocks
Tidak dapat dinafikan, permainan seperti LEGO sangat mengujakan kanak-kanak. LEGO dapat memupuk kemahiran merancang dan menyelesaikan masalah secara tidak langsung.
Kini, terdapat banyak jenis permainan yang berinspirasikan LEGO dan harga yang ditawarkan juga jauh lebih mampu milik.
Image via pxhere
Bukan sahaja kanak-kanak, kita sebagai orang dewasa juga mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Selain harganya yang tidak terlalu mahal, sticker juga mudah untuk didapati di kedai-kedai buku atau alat tulis.
Image via flickr
Beberapa tempat pilihan yang boleh ibu bapa kunjungi untuk mendapatkan idea buah tangan seperti Mr. DIY, kedai-kedai pembekal alat tulis, pasaraya besar terutamanya ketika jualan penghabisan stok ataupun ketika pesta buku.
Sebaiknya, rancanglah beberapa bulan lebih awal agar anda dapat membeli cenderamata terbaik pada harga yang terbaik.