Sudah menjadi lumrah masyarakat Arab ketika itu dimana bayi seseorang disusukan oleh wanita lain. Muhammad SAW disusukan oleh Ummu Aiman pada mulanya. Kemudian, Thuwaibah. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW juga mempunyai seorang ibu susuan yang sangat sayang akannya iaitu Halimatus Sa’diyah.

Pasti anda pernah mendengar nama wanita ini bukan? Ibu susuan Nabi Muhammad SAW adalah orang penting yang juga telah membesarkan Nabi sejak bayi lagi. Mari kita lihat satu persatu kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW.

Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW – Ummu Aiman

ibu susuan nabi
Imej via [google]

Ummu Aiman Barakah Al-Habasyiyah adalah ibu susuan pertama Nabi Muhammad SAW. Setelah dilahirkan dan disusukan selama 3 atau 7 hari oleh Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, Ummu Aiman menyusukan Nabi SAW.

Setelah meningkat dewasa, Rasulullah SAW sering dirindui oleh Ummu Aiman. Beliau sendiri telah memerdekakan Ummu Aiman. Ummu Aiman setelah ibu bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Selepas Rasulullah SAW meninggal dunia, Ummu Aiman juga meninggal dunia lima bulan selepasnya.

ibu susuan nabi
Imej via [republika]

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعُمَرَ انْطَلِقْ بِنَا إِلَى أُمِّ أَيْمَنَ نَزُورُهَا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا فَلَمَّا انْتَهَيْنَا إِلَيْهَا بَكَتْ فَقَالَا لَهَا مَا يُبْكِيكِ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا أَبْكِي أَنْ لَا أَكُونَ أَعْلَمُ أَنَّ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ أَبْكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَدِ انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ فَجَعَلَا يَبْكِيَانِ مَعَهَا

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, Abu Bakar pernah berkata kepada Umar, “Marilah kita pergi mengunjungi Ummu Aiman, sebagaimana dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengunjunginya”. Tatkala kami sampai kepadanya, Ummu Aiman menangis. Maka keduanya berkata kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis wahai Ummu Aiman? Sedangkan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Kemudian Ummu Aiman menjawab, “Aku menangis, bukan karena aku tidak tahu bahwa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tetapi aku menangis karena wahyu telah terputus dari langit.” Maka Ummu Aiman menggerakkan Abu Bakar dan Umar untuk menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.” (HR. Muslim, no. 2454)

Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW – Tsuwaibah (Mawla Abu Lahab)

ibu susuan nabi muhammad
Imej via [mozaik]

أَرْضَعَتْنِى وَأَبَا سَلَمَةَ ثُوَيْبَةُ

Kata Rasulullah SAW:

“Aku dan Abu Salamah telah disusui oleh Tsuwaibah.” (HR. Bukhari, no. 5101. Lihat Fath Al-Bari, 9: 144)

Tsuwaibah menyusui Muhammad SAW dari puteranya yang pertama lagi iaitu Masruh. Beliau juga telah menyusui Hamzah bin ‘Abdul Muthallib sebelumnya. Abu Salamah bin ‘Abdil Asad juga telah disusuinya setelah Muhammad SAW. (Ar-Rahiq Al-Makhtum, hlm. 72)

Tsuwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab sebelum menyusukan Nabi Muhammad SAW. Sehingga dewasa, Rasululullah SAW amat memuliakan Tsuwaibah. Setelah menikah dengan Khadijah, beliau juga pernah menemui Tsuwaibah. Khabarnya, Tsuwaibah dan Masruh menghembuskan nafas terakhir setelah peperangan Khaibar (Fath Al-Bari, 9: 145)

ibu susuan nabi muhammad
Imej via [zaleha-mustapha]

Dari Urwah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma,

وثُوَيْبَةُ مَوْلَاةٌ لِأَبِي لَهَبٍ ، كَانَ أَبُو لَهَبٍ أَعْتَقَهَا فَأَرْضَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، َلَمَّا مَاتَ أَبُو لَهَبٍ أُرِيَهُ بَعْضُ أَهْلِهِ بِشَرِّ حِيبَةٍ – أي بسوء حال -، قَالَ لَهُ : مَاذَا لَقِيتَ ؟ قَالَ أَبُو لَهَبٍ : لَمْ أَلْقَ بَعْدَكُمْ غَيْرَ أَنِّي سُقِيتُ فِي هَذِهِ بِعَتَاقَتِي ثُوَيْبَةَ

“Tsuwaibah adalah budak yang telah dimerdekakan oleh Abu Lahab, ia menyusui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setelah Abu Lahab meninggal dunia, beberapa keluarganya melihat Abu Lahab dalam mimpi bahwa keadaannya nanti buruk, sewaktu dia ditanya, “Apa yang telah kamu temukan?” Dia menjawab, “Saya tidak menemukan sesuatu pun setelah kamu. Hanya saja saya telah mendapatkan minuman sebagai balasan dari memerdekakan Tsuwaibah.” (HR. Bukhari, no. 5101

Ibu Susuan Nabi Muhammad SAW -Halimah bin Abi Dzuaib As-Sa’diyah

Ibu susuan Nabi Muhammad SAW yang paling terkenal sekali adalah Halimatus Sa’diah. Beliau adalah Halimah binti Abi Dzuaib As-Sa’diyah radhiyallahu ‘anha yang berasal dari desa pedalaman.

Beliau mengikuti rombongan wanita bagi mencari bayi susuan dan akhirnya ditemukan dengan Nabi Muhammad SAW setelah tiada lagi bayi lain yang diberikan. Masyarakat Arab ketika itu mengamalkan amalan bayi harus disusukan oleh ibu susuan yang lain untuk lebih sihat tubuh badan.

Namun begitu, kehadiran Muhammad SAW membawa berkah kepada kehidupan Halimah. Halimah meminta untuk Muhammad tinggal bersama mereka walaupun saat itu dia harus kembalikan Muhammad kepada keluarganya. Akhirnya beliau tetap bersama Muhammad SAW iaitu sehingga nabi Muhammad SAW berumur empat atau lima tahun dan sehingga peristiwa dimana hati baginda dicuci oleh Malaikat Jibril.

Gambar Makam Halimatus Sa’adiah

Halimah Sa’diah juga disifatkan sebagai ibu susu yang bertuah dimana sebagai ibu susuan Rasul junjungan mulia dan dapat menetap bersamanya, beliau adalah orang yang dikira paling rapat dengan Nabi SAW juga.

Tahukah anda, Nabi SAW juga pernah dibawa pulang ke perkampungan Bani Saad oleh Halimatus Sa’adiah. Beliau dibesarkan di sana sehingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan. Disebabkan itu, pertuturan Nabi SAW dalam bahasa Arab sangat lancar dan fasih.

ibu susuan nabi muhammad
Imej via [astroawani]

Itulah dia kisah ibu susuan Nabi Muhammad SAW serta sedikit biodata mereka. Betapa untungnya ibu susuan Nabi Muhammad SAW kerana dapat memberikan jasa yang menjadi darah daging Nabi Muhammad SAW.

Jom baca juga Kisah Nabi Yusof dari kecil, Senarai isteri Nabi Muhammad SAW, Kisah Nabi Adam dari Al-Quran dan Kepentingan selawat Nabi Muhammad SAW.

Rujukan:

  1. nasriffmuaddib
  2. republika
  3. rumaysho

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.