Institusi keluarga memerlukan perancangan dari segi kewangan yang kukuh. Setiap keluarga mempunyai strategi perancangan kewangan yang berbeza iaitu ada suami yang merancang kewangan keluarga dan ada pula keluarga di mana isteri yang menjadi perancang kewangan keluarga itu.

Seorang wanita mampu menjadi perancang kewangan keluarga yang baik dalam institusi kekeluargaan kerana sikap mereka yang berjaga-jaga berbanding segelintir lelaki yang bersikap boros. Perbelanjaan dalam keluarga perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan daripada timbulnya masalah pada masa hadapan serta dapat digunakan pada waktu kecemasan kelak.

perancangan kewangan keluarga

Kerana kesibukkan suami dalam bekerja bagi tuntutan nafkah, tugas merancang perbelanjaan selalunya akan di bantu oleh si isteri. Sebagai seorang isteri juga seorang wanita, kebijaksanaan dalam menguruskan perkara ini perlu ada iaitu mengetahui bagaimana untuk membahagikan sumber kewangan mengikut keperluan iaitu untuk kehidupan seharian dan juga untuk masa depan. Contohnya perbelanjaan secara bulanan dan juga simpanan yang perlu ada untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Begitu juga untuk perbelanjaan anak-anak iaitu simpanan untuk pendidikan anak-anak pada masa hadapan dan keperluan persekolahan mereka pada waktu semasa. Simpanan juga perlu untuk anda dan suami untuk masa tua sebagai sokongan untuk anda sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini.

Anda juga perlu bijak dalam membezakan kehendak dan keperluan dengan memahami apa yang perlu anda punyai dan apa yang tidak perlu untuk anda sekeluarga. Anda perlu lihat kepada kemampuan diri anda dari segi pendapatan keluarga dalam merancang kewangan bagi mengelakkan daripada menanggung banyak hutang dan akan membebankan anda dan pasangan. Perkara ini boleh mendatangkan juga bahaya pada keluarga anda sekiranya hutang anda tidak dapat di langsaikan.

Anda tidak sepatutnya terus membelanjakan gaji yang anda dan pasangan dapat hasil dari kerja untuk memenuhi kehendak diri tetapi buatlah penyata atau jadual terlebih dahulu untuk membahagikan gaji anda bagi mengetahui bahagian yang anda dapat untuk membuat simpanan. Sekiranya gaji anda hanya cukup-cukup makan dan tidak selalu dapat membuat simpanan, anda di nasihatkan supaya membelanjakan gaji yang diperolehi hanya untuk keperluan dan elakkan daripada sikap ingin memiliki sesuatu yang anda tidak mampu miliki dan akhirnya menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Ukurlah baju di badan sendiri, berusahalah untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang betul dan halal walaupun anda merasa sedikit susah. Pendapatan yang datang dari sumber yang tidak baik hanya mendatangkan masalah pada anda. Sekiranya anda telah berusaha, berdoa dan bertawakkallah kepada Pemberi Rezeki supaya selalu di murahkan rezeki anda sekeluarga.

Semoga artikel perancangan kewangan keluarga hari ini membantu.

 

Kredit gambar kepada : rancangwang.wordpress.com

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.