HOYA Malaysia menutup tirai kempen nasional ‘A Million Visions’ dengan penuh bermakna apabila turut mengumumkan dapatan kajian klinikal pertama di Malaysia mengenai keberkesanan teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) dalam mengawal miopia kanak-kanak.

Kajian tersebut mendapati kanta MiYOSMART dengan teknologi D.I.M.S. mampu memperlahankan perkembangan miopia sehingga 65% dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.

Kempen seminggu ini, bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2025, menawarkan pemeriksaan mata percuma kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun di lebih 800 kedai optik seluruh negara. Usaha ini menekankan kepentingan pengesanan awal, memandangkan miopia semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. HOYA Malaysia percaya setiap kanak-kanak berhak melihat dunia dengan jelas, dan pemeriksaan awal merupakan langkah penting dalam melindungi penglihatan mereka.

Kajian tempatan yang dijalankan oleh penyelidik UKM melibatkan 42 murid sekolah rendah secara percubaan terkawal selama 12 bulan. Keputusan menunjukkan kanak-kanak yang memakai kanta D.I.M.S. mengalami perkembangan miopia yang jauh lebih perlahan berbanding penggunaan kanta penglihatan tunggal biasa.

Dengan sokongan penyelidikan global dan pengesahan klinikal tempatan, HOYA Malaysia terus komited bekerjasama dengan komuniti, sekolah dan rakan optik bagi meningkatkan kesedaran serta mendorong amalan penjagaan mata yang lebih proaktif. Usaha berterusan ini diharapkan dapat membantu lebih ramai kanak-kanak menikmati penglihatan yang lebih sihat dan masa depan yang lebih cerah.

Maklumat lanjut: https://miyosmart.hoya.com.my/

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.