NERAKA. Dengar saja sudah bikin diri rasa takut. Tidak terbayang dek mata betapa takutnya neraka ini. Namun berdasarkan apa yang telah diterangkan di dalam AlQuran sesunggunya neraka ini sangat sakit, sakit menakutkan dan sangat perit! Bertuah sesiapa yang dapat masuk ke syurga dan bertuah juga sesiapa yang tidak perlu rasai bahang panas bara api neraka ini. Eh, sebenarnya memang ada pun golongan haram disentuh oleh api neraka ini. Bahkan bukan hanya satu tetapi terdapat sebanyak empat orang yang tidak disentuh api neraka.

api neraka

image via : Indahnya Islam

Kenali 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka

Empat orang yang tak disentuh api neraka ini adalah mereka yang berada dalam kategori orang yang haayyin, layyin, qarib dan sahl. Apakah maksud ke empat-empat orang ini? Jom teruskan pembacaan.

1-HAYYIN

Golongan yang pertama ialah hayyin. Ia merupakan hayyin ialah orang tidak suka marah atau panas baran. Mereka akan sentiasa mengewal diri dari mempunyai sifat marah. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak suka menguruk serta mengeji kelemahan orang lain. Tidak hairanlah jika golongan ini merupakan salah satu golongan yang haram di sentuh api neraka. Anda diluar sana juga boleh menjadi antara golongan tidak masuk neraka dengan sentiasa mengawal kemarahan kita dan elakkan dari mengumpat tentang kesalahan orang lain.

2 – LAYYIN

Layyin ialah orang yang menjaga tutur kata dan beradap sopan. Bukan itu sahaja, tingkah laku mereka juga lembut dan tidak suka bersikap kasar. Selain itu, mereka merupakan seo5rang yang suka memberi kebaikkan kepada orang lain dan tidak mudah melenting jika berbeza pendapat. Tidak hairanlah, kenapa orang mempunyai sifat ini menjadi antara golongan tidak masuk neraka.

3 – QARIB

Satu lagi golongan tidak masuk neraka ialah golongan Qarib. Qarib ialah mereka yang sangat pemurah dengan senyuman. Bukan itu sahaja, meraka juga mempunyai sifat yang akrab dan sangat mesra dengan orang lain.

4 – SAHL

Mesti anda tertanya-tanya apa lagi golongan tidak masuk neraka. Golongan seterusnya ialah golongan Sahl. Golongan ini ialah mereka yang tidak suka menyukarkan urusan orang lain. Golongan ini juga tidak suka mengganggu orang malah mereka suka membantu orang lain bagi memudahkan urusan orang tersebut.

tidak disentuh api neraka

image via : Berita Harian

 

Antara Amalan Yang Boleh Menyelamatkan Kita Dari Api Neraka

Tadi dah disebutkan empat golongan tidak masuk neraka. Macam mana pula dengan amalan yang boleh selamatkan kita dari api neraka? Di sini akan turut dikongsikan antara amalan yang boleh menyelamatkan kita dari api neraka. Ada antara amalan ini kita sudah sering kali buat cuma perlu perbanyakkannya. Dan semoga asbab dari amalan-amalan ini bolehlah kita terselamat daripada api neraka yang maha menakutkan itu.

1. Taubat

Sebagai seorang manusia biasa kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Tidak kiralah kesilapan besar atau kecil, peluang untuk kita bertaubat masih terbuka. Jika sebelum ini kita sudah terlalu jauh dengan Allah, tetapi percayalah pintu taubat masih lagi terbuka. Walaupun dosa kita setinggi bangunan sekalipun tetapi percayalah keampunan Allah seluas lautan. Dengan bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah dapat menjauhkan kita seksaan api neraka.

2. Banyak Melakukan Kebaikan

Satu lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kita masuk ke dalam api neraka ialah dengan memprbanyakkan melakukan amal kebaikkan. Dalam islam juga turut menyeru kita supaya melakukan kebaikkan sesama insan dan membantu orang yang lebih susah. Antara amalan baik yang boleh kita lakukan ialah dengan memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim dan fakir miskin.

api neraka

image via : Mstar

3. Mengimarahkan Masjid

Selain itu antara amalan lain yang kitab oleh lakukan adalah dengan selalu mengimarahkan masjid. Apa yang di maksudkan dengan mengimarahkan masjid?

Imarah masjid ialah kita kena sentiasa melibatkan diri dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Admin yakin kebanyakkan masjid atau surau pada masa kini banyak mengangjurkan majlis ilmu untuk memberi peluang buat umat islam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Majlis ilmu seperti ini dapat memberikan diri kita keinsafan dah muhasabah diri. Segali gus kita akan berusaha untuk membuat amalan kebaikkan supaya diri kita jauh dari api neraka.

4. Memudahkan Kesulitan Orang lain

Bukan itu sahaja, kita juga amat disarankan untuk memudahkan urusan orang yang berada dalam kesulitan. Saidatina Aisyah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barang siapa yang menjadi penghubung bagi saudaranya yang muslim kepada penguasa dalam menyampaikan satu kebaikan atau memudahkan satu kesulitan, maka Allah akan membantunya dalam melintasi sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki-kaki”.

Justeru itu, tidak hairanlah kenapa admin berkata kita amat digalakkan untuk membantu orang yang ketika dalam kesusahan. Dengan membantu orang yang berada dalam kesulitan ia dapat mengelakkan kita dari masuk ke api neraka.

5. Melindungi Seorang Mukmin Dari umpatan Orang Munafik

Zaman sekarang jika kita lihat fitnah,umpatan dan juga mengau domba semakin berleluasa. Ia bukan sahaja berlaku di laman sosial malah di tempat kerja juga turut berlaku perkara yang sebegini. Perkara sebegini bukan berlaku kepada orang biasa malah para alim ulama juga turut di fitnah dengan kata-kata yang sangat kesat.

Jadi kita sebagai seorang umat islam apa kata jika kita mambantu dengan melindungi orang mukmin yang tidak berdosa dari umpatan serta fitnah orang munafik. Dengan membantu orang mukmin dari segala hal jahat sebegini ia akan meudahkan urusan kita sewaktu melalui titian sirat di akhirat nanti. Ia bertepatan dengan hadis nadis nabi ini:

 

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melindungi seorang mukmin daripada umpatan orang yang nampak munafik, maka Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Barangsiapa menuduh seorang muslim dengan  tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas sirat Jahannam sehingga dia dibersihkan dari dosa yang telah dia katakan.” – [HR Abu Daud].

 

Berusahalah Untuk Selamatkan Diri Sendiri Dari Api Neraka

Untuk selamatkan diri sendiri dari disentuh oleh api neraka ini, banyakkan amal dan jangan sesekali melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Ini bukan sekadar nasihat pada orang lain malah pada diri si penulis juga. Api neraka yang sangat panas itu sesungguhnya amatlah dasyat sekali.

Neraka adalah tempat bagi mereka yang ingkar dan tidak patuh pada suruhan Allah SWT maka janganlah kita alpa dan sentiasalah berusaha untuk menyelamatkan diri. Kena selalu ingat yang kehidupan di dunia ini hanyalah sementara cuma.

Sumber :

Sirap Limau 

Aku Islam

Mstar 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.