Kehamilan Minggu Ke-6

Deria bau anda mungkin jadi semakin kuat dan bau-bau yang biasa mungkin akan membuatkan anda jatuh sakit. Begitu juga dengan selera makan dan deria rasa anda. Jaga-jaga dengan kepala yang rasa berpusing-pusing – jika anda rasa hendak pitam, pastikan anda duduk.

Jika anda mempunyai apa-apa pendarahan atau kekejangan, hubungi doktor atau bidan anda dengan segera.

Kehamilan Minggu Ke-6

 

Mulakan Penjagaan Kehamilan Anda

Jika anda baru sahaja mengetahui yang atau fikir anda sedang hamil, buat temujanji untuk berjumpa dengan GP anda untuk memulakan penjagaan kehamilan anda.

Doktor anda akan:

  • Uruskan ujian-ujian rutin, termasuk ujian darah.
  • Periksa kesihatan anda.
  • Bincang dengan anda mengenai kehamilan dan pilihan-pilihan penjagaan.
  • Rujuk kepada pakar kesihatan yang anda mahu untuk menjaga anda atau tempat di mana anda mungkin mahu untuk melahirkan.

Ibu boleh jadi semakin bahagia dengan pengalaman kelahiran mereka apabila mereka mempunyai orang atau kumpulan yang sama untuk menjaga mereka sepanjang kehamilan, kelahiran dan selepas melahirkan. Ia adalah idea yang baik untuk bertanya kepada GP anda tentang bagaimana semua hal ini boleh berjalan dengan baik.

 

Menjaga Diri dan Bayi Anda

Ini adalah masa yang amat penting untuk perkembangan bayi anda, tapi ini juga adalah masanya di mana ramai wanita tidak tahu yang mereka sedang hamil.

Jika ada kemungkinan yang anda telah hamil, buat pemeriksaan dengan GP anda kalau-kalau ada ubat-ubatan yang anda ambil baik untuk bayi anda.

Ia juga adalah idea yang baik untuk bercakap tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang anda mahu lakukan. Sebagai contoh, jika anda merokok, minum arak, atau menggunakan dadah yang lain, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda berkaitan tentang menghentikan semua itu.

Makan makanan yang sihat dan pengambilan makanan tambahan berupa asid folik juga adalah penting, begitu juga dengan mengelakkan beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan anda jatuh sakit dan membahayakan bayi anda.

 

Bayi Anda Semasa Anda Hamil 6 Minggu

Secara keseluruhannya, bayi anda kelihatan seperti seekor berudu, dan mempunyai panjang kira-kira 5mm dari kepala ke ekornya. Pada ultrabunyi (biasanya tidak dijalankan pada tahap ini), bayi anda kelihatan seperti titik kecil yang terang dengan denyutan jantungnya amat laju dan berima.

Berikut ada sebahagian perkembangan yang penting:

  • Jantung bayi anda sudah mulai berdegup kira-kira 24 hari selepas hamil.
  • Ada tunas kecil muncul pada bahagian atas dan bawah embrio – ini akan menjadi lengan dan kaki bayi anda.
  • Tiub saraf menutupi bahagian otak dan bawah saraf tunjang.

Penulis: Editor Bidadari.My

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.