Anda pernah dengar mengenai difteria? Penyakit difteria ini, sekali pandang ingatkan ia merujuk kepada cirit-birit. Ternyata bukan ya!
Apabila dibaca dengan lebih mendalam, rupanya ia sesuatu yang sangat serius yang perlu dibendung secepatnya kerana penyakit ini mudah tersebar.
Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan kematian jika penggunaan vaksin tidak dititikberatkan. Jom kita lihat perkongsian Dr Ezairy M.Sallih mengenai penyakit berbahaya ini.
Difteria boleh membawa maut. Mengapa ianya sangat berbahaya?
Difteria adalah jangkitan bakteria yang serius yang menjejaskan membran mukus tekak dan hidung. Walaupun ia mudah tersebar dari seseorang ke individu lain, jangkitan ini dapat dicegah melalui penggunaan vaksin. Ya, vaksin!
Sejenis bakteria dipanggil Corynebacterium diphtheriae menyebabkan berlakunya jangkitan diphtheria. Keadaan ini biasanya tersebar melalui jangkitan antara orang terdekat atau melalui sentuhan dengan objek yang mempunyai bakteria pada mereka, seperti cawan atau tisu yang digunakan.
Anda juga boleh mendapatkan difteria jika anda berada di sekitar orang yang dijangkiti ketika bersin, batuk, atau menghembus hidungnya.
Orang ramai juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan difteria jika mereka:
1. tidak up to date mengenai vaksin mereka
2. melawat negara yang tidak menyediakan imunisasi
3. mempunyai gangguan sistem imun, seperti AIDS
4. hidup dalam keadaan atau kediaman yang sesak
Simptom yang paling ketara dan biasa dialami ialah adalah salutan tebal, kelabu pada tekak dan tonsil. Gejala-gejala umum yang lain termasuk:
1. demam menggigil
2. kelenjar bengkak di leher
3. batuk yang kuat
4. sakit tekak
5. kulit kebiruan
6. air liur meleleh
7. Untuk kes yang lebih teruk, pesakit mungkin akan alami gejala tambahan seperti kesukaran bernafas atau menelan, perubahan dalam penglihatan dan percakapan yang tidak jelas
Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda dan ahli keluarga anda alami gejala seperti ini.
*Jangan main-main, pencegahan awal memang disarankan kerana difteria mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang sekeliling. Jom share infonya ya!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.