Adakah anda tahu perkembangan otak bayi berlaku seawal usia kandungan 2 minggu lagi?. Perkembangan ini akan terus berlaku sehingga si kecil ini menjengah ke alam dunia bila dilahirkan kelak.
Para ibu bapa perlu melengkapkan diri tentang ilmu perkembangan bayi sejak dari alam rahim lagi kerana kualiti kehidupan seseorang itu ditentukan bagaimana pembentukan otaknya sejak dari alam rahim dan akan berlangsung sehingga dewasa.
Pembentukkan otak bermula dengan terbentuknya neural plate. Dari neural plate, akan terbentuklah neural tube dan akan bersambung dengan tulang belakang.
Bermula dengan formasi ini, otak bayi terus berkembang membentuk beberapa bahagian lain yang dinamakan forebrain, midbrain dan hindbrain.
Proses pembentukkan ini akan lengkap ketika usia kandungan mencecah 7 minggu. Proses perkembangan otak bayi akan terus berlangsung apabila dilahirkan kelak.
Apabila dilahirkan bayi sudah mempunyai neuron atau sel otak yang diperlukan untuk menjalani kehidupan. Saiz otak mereka hanya sekitar 25% dari saiz otak orang dewasa pada ketika ini.
Fasa ini adalah sangat penting untuk setiap bayi kerana proses pembelajaran dan pembentukkan struktur otak paling pesat berlaku dalam kehidupan seseorang.
Apabila umur 3 tahun pula, saiz otak mereka akan terbentuk hampir 80% menyamai saiz otak orang dewasa. Maka, tidak dapat disangkal lagi bertapa pentingnya fasa usia 0-3 tahun pertama hidup mereka, golden age yang perlu diprogramkan sebaik mungkin.
Fasa ini bertindak seperti sponge yang menyerap semua maklumat tanpa tapisan yang akan menjadi program di dalam minda mereka. Mereka akan membesar dengan program yang telah di bina ketika usia ini.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pada peringkat ini, kanak-kanak akan menerima dan memproses sesuatu maklumat lebih mudah melalui visual. Dalam erti kata lain, mereka lebih mudah ‘meniru’ atau mengikut apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
Perkembangan bahasa diawal usia bayi berkait rapat dengan perkembangan bahagian otak visual cortex dan cerebellum.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar lagi, bayi tidak dapat melihat dengan jelas selepas dilahirkan. Pada usia 6 bulan sel di dalam otak mula fokuskan pada pembentukkan visual cortex iaitu bahagian otak yang khusus dalam hal melihat.
Sel otak juga pada ketika ini mula disaluti satu lapisan yang dinamakan myelin. Bayi akan mula dapat melihat dengan jelas dan terang apabila myelin mula terbentuk. Mereka juga akan mula mengenali wajah, corak dan warna.
Pada fasa ini, ibu bapa digalakkan untuk mempelbagaikan mimik muka ketika berinteraksi dengan anak-anak. Gunakan pendekatan bahasa visual iaitu bahasa yang menghadirkan gambaran atau imej dalam minda mereka.
Pada usia setahun, cerebellum bayi membesar tiga kali ganda. Perkembangan ini berkait rapat degan kemahiran motor mereka.
Pada ketika inilah kita dapat lihat perkembangan mereka fasa demi fasa bermula dengan meniarap, merangkak dan berjalan. Adalah penting untuk merangsang perkembangan motor halus dan kasar anak-anak pada waktu ini.
Maka, boleh disimpulkan bahawa kita perlu berinteraksi dengan anak kecil menggunakan bahasa visual dan gerakan tubuh kerana fungsi bahagian otak keduanya ini sedang berkembang dengan pesat sekali.
Kanak-kanak tidak berfikir menggunakan Prefrontal Cortex (PFC) sebaliknya mereka banyak bergantung kepada bahagian otak yang dinamakan amygdala (pusat emosi).
Mereka masih tidak mahir dalam pertimbangan baik dan buruk, betul atau salah, pengurusan emosi dan impulsiviti. Untuk mendidik anak dalam pengurusan emosi yang baik, tunjuk dahulu bagaimana kita sebagai orang dewasa mengurus emosi kita dihadapan anak.
Ingat! Interaksi secara visual itu lebih berkesan berbanding bahasa verbal untuk anak-anak kecil. Mereka akan copy paste segala apa yang dilihat disekeliling mereka berbanding mendengar apa yang dikatakan oleh orang dewasa.
Proses interaksi sosial adalah amat kritikal pada ketika ini buat si kecil. Proses ini melibatkan komunikasi diantara anak tersebut dengan ibu bapanya atau orang di sekelilingnya seperti pengasuh dan adik beradik.
Suasana yang mengalakkan hubungan sosial yang baik akan membantu anak-anak dalam perkembangan bahasanya dan juga merangsang daya kreativiti mereka.
Otak anak pesat berkembang. Jangan racuni otak mereka dengan segala macam makanan yang memudaratkan. Wajib elakkan dan dihindari makanan yang ada unsur 6P ini:
a) Pengawet
b) Pewarna Tiruan
c) Perasa Tiruan
d) Putih Nasi
e) Putih Gula
f) Putih Tepung
Pernah dengar ‘Fit Body, Fit Brain‘?. Kajian mendapati kanak-kanak yang aktif mempunyai fungsi kognitif yang lebih baik daripada yang tidak aktif.
Kanak-kanak yang aktif bergerak juga mempunyai pusat memori iaitu hippocampus yang lebih besar berbanding mereka yang pasif. Jadi, setiap kanak-kanak itu wajib bergerak aktif untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas!.
Pentingnya aktiviti luar kepada anak-anak kerana melalui interaksi dengan dunia luar, pelbagai kemahiran dapat dirangsang seperti kemahiran motor, kemahiran sosio-emosi dan kemahiran kognitif
Dengan bermain pasir, memijak rumput, mendengar deruan ombak dan melompat di atas lopak air akan merangsang segala fungsi deria mereka. Sekaligus, merangsang perkembangan otak yang baik buat si manja.
Ketahuilah, membiarkan anak-anak hanya terperuk di rumah tanpa membawa mereka mengenal alam sekeliling dan tidak menggalakkan interaksi sosial dengan mereka, tindakan ini hanya akan membantutkan perkembangan otak mereka sahaja.
Berhati-hati ibu bapa!. Beri pendidikan, rangsangan mengikut kaedah yang betul. Fasa 0-6 tahun ini sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Jika tersalah acuan, kurang atau terlebih stimulasi akan memberi kesan kepada mereka bila membesar nanti.
Sumber: Dr. Rizal bin Abu Bakar (Konvensyen Kekeluargaan Islam: Neuro Parenting, Kemahiran Keibubapaan Saintifik & Islamik)