Adakah anda tahu tentang emas yang menjadi salah satu biji emas yang berharga? Ramai anak muda kini yang kurang ilmu pengetahuan tentang emas dan salah faham tentang emas. Walaupun harga emas mahal semasa hendak membelinya, tetapi ia boleh memberi keuntungan kepada kita di masa hadapan.
Membeli rantai emas, cincin emas, gelang dan subang emas adalah dikira satu pelaburan. Ia bukan sahaja menjadi satu aksesori wanita malah ia dikira harta berharga buat wanita.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 fakta tentang emas. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Jom kita ketahui fakta-fakta mengenai emas. Terdapat 7 fakta mengenai emas, antaranya :
Ada duit sedikit beli barang kemas, suri rumah mudah simpan dan jaga. Bila terdesak kepajak gadai sahaja (Ar-Rahnu). Jika tiada gelang di tangan dianggap suami tiada harta.
Harga emas sama seperti pelaburan lain ada naik turunnya. Harga emas cuma jarang turun drastik, tetapi kenaikannya drastik. Harga emas selalunya naik apabila pasaran ekonomi tidak menentu, politik tidak stabil.
Emas itu penyimpan nilai yang baik ketika ketidakpastian ekonomi. Ketika orang tidak pasti hendak letak duit di mana, maka emas antara pilihan yang baik.
Emas tiada risiko kehilangan nilai sebagaimana matawang kita kini. Nilai ringgit semakin menyusut berbanding dolar semakin ketara. Kita telah kehilangan nilai wang ringgit lebih 25% sejak tahun 1998 lagi, sedangkan emas terus meningkat nilainya.
Kita akan terkejut dengan nilai inflasi 5 ke 10 tahun kedepan. Roti gardenia pun naik harga apatah lagi barang lain. Harga emas biasanya tetap naik bersama.
Emas adalah aset pasif, ia hanya menghasilkan ‘Capital Gain’. Ia tidak menghasilkan ‘Cashflow’ sebagaimana hartanah. Ia juga tidak rugi selagi kita tidak menjualnya. Purata kenaikan emas dalam tempoh 19 tahun adalah 10.53% berbanding ASB 7.16%.
Emas juga ada kos tersembunyi seperti kos menyimpan, nilai upah, harga jual dan beli (spread), perlindungan untuk nilai sesuatu emas. Fahami ini akan memudahkan kita menyimpan emas.
*Berikut adalah 7 fakta mengenai emas yang pasti menguntungkan kita di masa hadapan. Bagi anak-anak muda yang baru mahu berjinak dengan membeli emas, info ini dapat membantu anda. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.