Apakah yang dimaksudkan dengan epoxy cat lantai? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan berguna dalam menggunakan epoxy cat lantai yang berkesan untuk mencantikkan rumah.

Menghias rumah bukanlah sekadar yang dilihat dari pantulan mata sahaja. Selain mengecat dinding rumah, ramai juga yang mula berminat untuk mengecat lantai di kediaman.

Apa itu epoxy cat lantai?

Epoxy adalah bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan khususnya di Malaysia ini. Ia diperbuat daripada suatu bahan kimia dalam kategori resin atau gam yang terhasil melalui proses polimerisasai daripada Epoxide.

Epoxy ini sangat banyak digunakan sebagai bahan pelekat dan salutan hal ini disebabkan ciri-ciri kimianya yang kuat dari segi lekatan dan salutan lantai.

Jenis-jenis cat epoxy

Terdapat lima jenis cat epoxy yang boleh kita gunakan. Berikut ini adalah antara contoh cat epoxy yang ada.

1. Epoxy self leveling

epoxy cat lantai

Self leveling floor epoxy memiliki fungsi penting untuk melindungi dan membuat permukaan lantai yang diaplikasikan menjadi lebih awet dan tidak rosak apabila terkena gesekan kasar.

2. Epoxy mortar

Mortar coating floor epoxy diperbuat dari campuran bahan keras dan memiliki ketahanan tinggi yang tahan lama.

Komposisi resin epoxy yang sudah dicampur dengan hardener dan pasir silika inilah yang membuat epoxy mampu melapisi lantai mudah pecah dan bergelombang / tidak rata.

3. Epoxy 3D

epoxy cat lantai

Bagi yang mahu lantai rumah tampak lebih estetik dan menarik untuk dilihat, cat epoxy 3D adalah pilihan yang tepat. Cat ini mempunyai pelbagai rekaan lantai 3 dimensi yang menarik.

4. Epoxy anti-static

Cat anti-static menggunakan campuran karbon konduktif dan tembaga yang selamat sebagai penebat aliran elektrik.

Lapisan cat epoxy tersebut akan mengalirkan elektrik statik tanpa memerlukan grounding seperti percikan api.

Menariknya, ciri ini sekaligus meningkatkan faktor keselamatan terutama jika digunakan pada kilang yang menghasilkan bahan mudah terbakar.

5. Epoxy flake

Cat epoxy flake adalah jenis epoxy lantai yang boleh memberikan tampilan visual menari bagi bangunan dan rumah.

Ia sedikit berbeza dari 3D epoxy coating kerana epoxy flake ini memberikan kesan serpihan yang unik pada lantai rumah.

Cara menggunakan epoxy cat lantai dengan betul

  1. Pertama sekali, sapukan bersih permukaan yang hendak dicat. Pastikan permukaan lantai betul-betul kering dan tidak basah.
  2. Bancuhkan cat epoxy tersebut dengan epoxy hardener. Pastikan cat ini habis digunakan selepas dibancuh kerana cat ini mengeras dengan cepat.
  3. Sapukan cat terlebih dahulu pada bahagian sisi menggunakan berus kecil. Seterusnya, catkan pada bahagian tengah menggunakan roller.
  4. Untuk bahagian kering pula, cat epoxy mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kering. Namun untuk hasil yang lebih cantik, pastikan biar selama 1 hari untuk pastikan cat tersebut betul-betul kering.

Kesilapan dalam menggunakan salutan epoxy

Cara salutan epoxy pada lantai yang salah sebenarnya boleh memberi risiko tidak kemas kepada hasil kerja tersebut.

Berikut ini kami kongsikan antara kesilapan dalam menggunakan salutan epoxy yang sering berlaku.

1. Proses campuran epoxy dan hardener yang tidak sempurna

Untuk menghasilkan satu cat epoxy yang betul ia perlulah mengandungi dua bahan penting iaitu epoxy dan hardener.

Kedua-dua bahan ini perlu dicampur mengikut nisbah campuran yang betul untuk menghasilkan salutan epoxy. Nisbah campuran yang biasa digunakan agar ia mengeras dengan sempurna adalah 2 nisbah 1, atau 2:1.

2. Persediaan permukaan yang teruk

Sebelum proses mengecat, pastikan dahulu permukaan lantai bersih, rata, kemas, dan sempurna. Proses salutan epoxy yang terburu-buru akan menyebabkan hasil yang tidak kemas.

Lakukan surface grinding secara menyeluruh pada permukaan lantai dan bersihkan juga permukaan daripada habuk-habuk dan kotoran sebelum memasukkan salutan epoxy.

3. Pembentukan buih udara pada permukaan lantai

Buih udara yang terjadi pada permukaan salutan epoxy sering dipandang remeh. Buih inilah yang sebenarnya akan menyebabkan terjadinya lubang-lubang pada permukaan lantai.

Untuk mengatasi masalah ini, proses adunan antara bahan epoxy dan hardener perlu cermat dan elak dari mengacau dengan kelajuan yang tinggi.

Kelebihan menggunakan epoxy cat lantai di kediaman

1. Kuat

Kelebihan utama epoxy cat lantai ini adalah ia sangat kuat dalam melindungi permukaan di ruang terbuka, bumbung, dinding, dan logam walaupun berdepan dengan pelbagai fenomena atmosfera.

2. Kalis air

Cat epoxy ini kali air disebabkan itulah ia amat sesuai digunakan bagi mengecat bilik air, dan mana-mana bilik lain yang mempunyai kelembapan tinggi.

3. Tahan

Pewarna epoxy dikatakan sangat tahan terhadap tindak balas kimia. Yang mana ia tidak akan berubah warna menjadi kuning sungguhpun memakan masa yang lama.

4. Penebat haba yang baik

Komposisi cat epoxy mempunyai ciri-ciri penebat elektrik, rintangan haba yang tinggi, dan refractoriness (mampu bertahan dalam suhu yang tinggi).

Selain dari tips mengenai epoxy cat lantai ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan rumah seperti:

Rujukan:

  1. Cat Epoxy Lantai, Fungsi dan Kelebihannya. EON Chemical Solution
  2. Ketahui Jenis Cat Epoxy Lantai Sebelum Menggunakannya. Rinjani Warna Karya
  3. Kesilapan Salutan Epoxy Pada Lantai. Epoxy Expert

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.