Anda masih mencari dashcam untuk dipasang dalam kereta bagi merekod perjalanan. Kami akan senaraikan 5 dashcam kereta terbaik untuk anda letakkan dalam kereta agar kelihatan lebih gempak dan cantik sekali dijadikan sebagai aksesori kereta.

Terdapat beberapa faktor untuk anda semua mempunyai Dashcam kereta iaitu merakam apabila terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya kemalangan, langgar lari dan sebagainya. Video boleh diguna pakai sebagai bukti untuk proses siasatan sekiranya berlaku kemalangan. Sebagai alat keselamatan kereta anda semasa di parking.

Dash Cam 70mai A800s

Dash cam ini merupakan dash cam kereta terbaik untuk dipasang dalam kenderaan masing-masing yang bertujuan merekod perjalanan menuju ke destinasi selain daripada dijadikan bukti rakaman kemalangan mahupun banjir. Dash cam ini telah dilengkapi dengan kualiti imej terbaik dan jelas serta 140 darjah pandangan , parking mode dan 7 layer lens membantu anda semasa memandu. selain daripada itu ia juga telah disediakan dengan GPS yang akan memudahkan perjalanan anda nanti.

Hal ini akan mengelakkan anda semua tidak sesat untuk menuju ke destinasi masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dash cam ini diletak dalam kereta agar kelihatan gempak.

Dash cam 70mai Pro Plus+A500s

Selain itu, dash cam kereta terbaik ialah dash cam 70mai Pro Plus A500s kini mendapat tempat di hati masyarakat kerana kualiti barangan tersebut amat memuaskan. Dash cam ini mempunyai 140 darjah dan resolusi 4k, 3.0 inci HD skrin dengan One Button Switch dan mempunyai spec yang sama dengan A800s tetapi telah diupated chipset.

Dash cam ini juga merupakan yang terbaru berbanding dengan A800s. Kualiti imej yang tinggi untuk membantu anda mendapat vidoe rakaman perjalanan terbaik dan cantik. Tidak ketinggalan juga dilengkapi dengan night version, GPS dan ADAs driving safely. Dalam erti kata lain dash cam ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi canggih.

Dash Cam Garmin 56

Dash Cam kereta terbaik yang seterusnya ialah Dash Cam Garmin 56 mendapat permintaaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Selain daripada itu ia juga mempunyai 140 darjah dan 1440p HD Resolusi dan 2.0 inci Skrin LCD dengan fungsi kawalan suara serta Smartphone auto sync. Sekiranya anda letak dalam kereta ia akan menjadikan kereta anda kelihatan gempak dan awesome kerana dash cam ini dilengkapi dengan kecanggihan teknologi. Tidak ketinggalan juga ia mempunyai setahun waranti untuk dirujuk di kedai tersebut sekiranya mempunyai masalah berkaitan dash cam tesebut.

Dash Cam Transcend Drive pro Dp550

Dash Cam terbaik kereta ialah Dash Cam Transcend Drive pro Dp550 merupakan salah satu dash cam yang mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat di luar sana. Selain daripada dilengkapi dengan teknologi canggih, reka bentuk juga amat menarik dan cantik sekali. Dash cam ini mempunyai 160 darjah dan 1080 HD Revolusi , 2.4 inci skrin LCD berfungsi sebagai emergency recording dan 23 hours parking mode. Akhir sekali ia dilengkapi dengan 2 pakej sekaligus 2 tahun waranti. Amat menarik dan menguntungkan sekali sekiranya anda membuat pembelian.

Dash Cam BlueSkySea B1W Mini

Dash Cam terbaik kereta ialah Dash Cam BlueSkySea B1W Mini. Dash Cam ini amat sesuai untuk diletakkan dalam kereta bagi merekod perjalananan menuju ke destinasi masing-masing serta dijadikan sebagai salah satu perhiasan dalam kereta yang bertujuan untuk kelihatan gempak dan menarik sekali. Dash Cam ini telah dilengkapi dengan teknologi canggih bagi memudahkan pengguna. Sebagai contohnya ialah saiz yang kompak dan moden fungsi kawalan suara, boleh pusing 360 darjah dan mempunyai fungsi parking mode.

Akhir Kata

Berikut merupakan dashcam kereta terbaik untuk anda membuat pilihan diletakkan dalam kereta. Anda juga boleh membaca artikel kami yang lain

Penulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah mewakili pendapat laman Bidadari.My

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.