Perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, yang bermaksud menutupi (sesuatu). Mengapa disebut Dajjal adalah kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

Dajjal dalam perkataan arab secara lazim digunakan untuk istilah nabi palsu. Namun istilah Dajjal, merujuk pada susuk “penyamar” atau “pembohong” yang muncul menjelang kiamat. Istilahnya adalah al-Masih Ad-Dajjal terjemahan dari istilah Suryani Meshiha Deghala yang telah menjadi kosa kata umum dari Timur Tengah selama lebih dari 400 tahun sebelum Al-Quran di turunkan.

dajjal
Imej via [iluminasi]

Disebutkan oleh Al-Imam al-Qurthubi kitab At-Tadzkirah bahawa Dajjal di antaranya bermaksud Kadzdzab (tukang dusta), Muwammih (yang menipu manusia). Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dalam kitab Syarah Lum’atul I’tiqad pula mengatakan :

“ Di katakan demikian karena dia adalah manusia yang paling besar penipuannya.”  Dikatakan juga bahawa Dajjal adalah “ Seorang laki-laki pendusta (penipu) yang keluar di akhir zaman mengaku sebagai Rabb”

Antara ciri-ciri Dajjal dan sifatnya adalah Dajjal tidak disebut di dalam Al-Quran, tetapi terdapat dalam hadis dan sunah yang menguraikan sifat-sifat Dajjal. Berdasarkan kepercayaan yang telah umum dalam kalangan muslim, karakteristik Dajjal adalah seperti berikut:

dajjal
Imej via [imgflip]

Dajjal memiliki cacat fizikal berupa mata kiri yang buta dan mata kanan yang dapat melihat tetapi berwarna gelap (hitam). Beberapa hadis telah menjelaskan bahawa ia hanya memiliki sebuah mata. Ia akan menunggang keldai putih. Untuk pengetahuan anda, satu langkahnya sama dengan satu mil jaraknya.

Keldai tersebut akan memakan api dan menghembus asap malah dapat terbang di atas daratan dan menyeberangi lautan. Selain itu, Dajjal adalah seorang pemuda yang gemuk, kulitnya kemerah-merahan, berambut kerinting, matanya yang buta dan mata itu seperti buah anggur yang masak (tidak bersinar). Dia akan menipu para umat umat muslim dengan megajari mereka tentang syurga dan menyeberangi lautan.

Kelihatan Huruf Arab Kaf Faa Raa (kafir, bermakna kufur) akan muncul pada dahinya dan akan mudah dilihat oleh muslim yang pandai membaca mahupun yang buta huruf. Dajjal ini akan menyatakan dirinya adalah tuhan dan menipu manusia dalam berfikir.

Secara umumnya, ia merupakan satu makhluk yang akan memunculkan diri tatkala bumi menghampiri garisan penamat. Datangnya Dajjal memberikan alamat kiamat sudah dekat. Sebagai Umat manusia di muka bumi ini,anda haruslah melakukan persiapan ketika berhadapan dengan Dajjal kerana dengan persiapan tersebut mampu menhindarkan kita supaya tidak terpesong dengan dusta yang di hasut oleh Dajjal.

8 Persiapan Dan Cara Menghadapi Dajjal

1. Berpeganglah Dengan Agama Islam, Mendalami Keimanan dan Ilmu Islam.

dajjal
Imej via [islamituindah]

Apabila umat islam mendalami ilmu tentang islam dan Al Quran, mereka tahu Dajjal itu manusia yang mengaku tuhan. Dajjal adalah manusia hebat yang diberi kekuatan oleh Allah SWT. Ada hadis yang menunjukkan bahawa Dajjal itu manusia dan bukan tuhan.

Rasulullah juga telah bersabda,

“ Sesungguhnya Allah tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah Dajjal itu buta mata sebelah kanannya seperti buah anggur yang mengembung.” (HR Muslim)

Apabila Dajjal itu mengaku di tuhan sedangkan keadaan fizikalnya tidak sempurna, bolehkah kita mempercayainya? Sedangkan kita tahu bahawa Allah SWT itu maha sempurna. Semua orang beriman nanti akan dapat melihat di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir). Oleh itu, ilmu dan agama haruslah diterapkan dalam diri umat islam agar dapat bersiap sedia untuk kedatangan dajjal.


2. Meminta Perlindungan Kepada Allah Daripada Fitnah Dajjal

Imej via [dream]

Dalam Hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda,

” Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud ( dalam solat ) hendaklah ia meminta perlindungan daripada Allah SWT dari empat perkara dan berdoa, “Allahumma inni a’uudzubika min adzaabi jahannama, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Waminsyarri fitnatil masiihid Dajjal. ( Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal).” (HR Muslim).

Doa ini sebaiknya diamalkan selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Para Ulama berpendapat perkataan ‘hendaklah ia’ adalah perintah. Di dalam usul fiqah perkataan ‘hendaklah’ adalah perintah. Apabila di sebut perintah, ia bermaksud wajib.

Wajib bagi kita untuk menghafal doa itu dan membacanya di dalam solat sebelum memberi salam. Hendaklah di situ hukumnya wajib dan tidak ada yang menunjukkan bahawa hukumnya sunat mengikut kaedah usul fiqah. Jom kita hafal doa ini.

Jika tidak boleh menghafal dengan cepat, buatlah perlahan-lahan. Jika tidak dapat di dalam bahasa Arab, di dalam hati sekurang-kurangnya mintalah doa dengan bahasa melayu. Kemudian cuba hafal pula di dalam bahasa Arab.


3. Amalkan Menghafal Surah Al-Kahfi

Imej via [[imglogy]

Hadis Nabi daripada Nawas bin Sam’an, bersabda Rasulullah bersabda,

“ Barangsiapa di antara kamu bertemu dengan Dajjal bacakan kepadanya permulaan surah Al-Kahfi.” ( HR Muslim ). Kemudian di sebutkan di dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi maka ia terpelihara darifitnah Dajjal.” ( HR Abu Daud).

4. Berhijrah di Mekah Dan Madinah

dajjal
imej via [esqtours]

Antara orang yang terpelihara dari fitnah Dajjal ialah mereka yang tinggal di Mekah dan Madinah. Rasulullah telah bersabda,

“Madinah tidak akan di masuki rasa takut terhadap Dajjal kerana pada waktu itu kota memiliki tujuh pintu, masing-masing di jaga oleh dua orang malaikat.” ( HR Bukhari ).

Di dalam Hadis yang lain pula dinyatakan,

“Bahawa Dajjal itu tidak dapat memasuki Madinah dan Mekah kerana di halang oleh para Malaikat.”

5. Persiapan Kebendaan, Fizikal dan Kemahiran

dajjal
Imej via [ceritabumi]

Hadis Nabi SAW menganjurkan umatnya untuk berenang, memanah dan berkuda bagi persiapan mengahadapi kemunculan Dajjal.  Aktiviti ini dapat melindungi diri dan Umat Islam pada masa akan datang.

Persiapan kebendaan seperti menanam kurma dan menyediakan stok kurma berdahan di rumah-rumah, membuat perigi perigi air, menukarkan wang kertas kepada emas dan perak, menyediakan alat keperluan seperti tali, cangkul, kapak dan sebagainya juga adalah langkah awal dalam menyediakan diri apabila tibanya hari kemunculan Dajjal.

Di samping itu juga, anda juga boleh membentuk atau bergabung dengan komuniti islam yang lain serta orang-orang yang beriman dan memahami tentang akhir zaman. Jangan lupa untuk terus Istiqamah dengan amalan-amalan Sunnah seperti solat sunat rawatib, tahajjud, dhuha, syuruk serta Puasa Sunat.


“Ya Allah, Lindungilah kami dari fitnah Dajjal yang begitu dahsyat dan jadikanlah kami hamba yang mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan bekal iman yang kukuh. Amin Ya Rabbalalamin.”

Rujukan:

1. Harian Metro

2. Facebook

3. Islam feed


Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.