Apakah ciri-ciri orang bijak yang ada pada diri setiap dari kita? Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa ciri umum yang biasanya terdapat pada diri orang yang bijak.

Perbezaan antara pandai, bijak dan genius

Bunyi macam sama tetapi sebenarnya pengertian antara pandai, bijak dan genius mempunyai perbezaan yang ketara untuk ketiga-tiganya.

1. Orang pandai

Seseorang yang pandai adalah mereka yang menguasai perkara yang dipelajarinya yang sinonim dengan pencapaian dalam akademik. Mereka memperoleh gelar pandai dari proses pembelajaran seperti orang lain juga.

Dari segi IQ, seseorang yang pandai memiliki tahap IQ yang biasa tetapi kerana kesungguhannya untuk belajar dan memahami apa yang dipelajari, maka mereka boleh menjadi pandai.

2. Orang bijak

Seseorang yang bijak boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan keturunan. Kebijksanaan bukan sahaja dari segi akademik semata-mata, tetapi mereka juga mampu untuk berfikir dengan cemerlang untuk menyelesaikan masalah.

Beza antara orang bijak dan orang pandai adalah dari cara mereka menyelesaikan masalah.

Orang pandai menyelesaikan masalah menggunakan pemahaman dan teori yang telah dipelajari. Sedangkan orang bijak menyelesaikan masalah tanpa melihat teori dan membawa kepada pemikirannya sendiri.

3. Orang genius

Genius pula ada adalah seseorang yang memiliki IQ tinggi. Secara umumnya, seseorang yang genius adalah mempunyai bakat istimewa semula jadi dalam apa jua bidang yang dikuasainya tanpa perlu dipelajari.

Senarai orang genius di dunia

ciri-ciri orang bijak
  • Adhara Pérez (Skor IQ: 162)
  • Paul Allen (Skor IQ: 165)
  • Judit Polgat (Skor IQ: 170)
  • Jacob Barnett (Skor IQ: 170)
  • Leonardo Da Vinci (Skor IQ: 190)
  • Marie Curie (Skor IQ: 190)
  • Richard G. Rosner (Skor IQ: 195)
  • Sho Yano (Skor IQ: 200)
  • Edith Stern (Skor IQ: 203)
  • Kim Ung Yong (Skor IQ: 210)
  • William James Sidis (Skor IQ: 225)
  • Marilyn Vos Savant (Skor IQ: 228)
  • Terence Tao (Skor IQ: 230)
  • Ainan Cawley (Skor IQ: 263)
  • Michael Kearney (Skor IQ: 263)

Ciri-ciri orang bijak yang ramai terlepas pandang

Terdapat beberapa ciri-ciri orang bijak yang boleh anda jadikan rujukan. Cuba check diri anda, mana tahu sekiranya tanda-tanda seperti berikut ini ada pada diri anda.

1. Selalu kelihatan malas

ciri-ciri orang bijak

Malas seakan sudah menjadi identiti biasa dalam ciri-ciri orang yang bijak. Kita mengambil contoh misalnya yang berlaku pada Steve Jobs.

Disebabkan Steve Jobs mengambil masa yang sangat lama dan suka berlengah dan bermalasan, beliau mampu menghasilkan idea-idea baru yang sangat kreatif sehingga menjadikan jenama Apple terkenal seperti ini.

2. Suka jadi “burung hantu”

Kajian dari Psychology Today, “Why Night Owls Are More Intelligent Than Morning Larks”, menunjukkan bahawa manusia pintar lebih gemar untuk tidur lewat.

3. Suka bersendirian

Ciri-ciri orang bijak yang biasa kita dengar adalah mereka ini lebih suka untuk bersendiri berbanding bersosial bersama orang ramai.

Umumnya, interaksi sosial akan menjadi pengukur kepada kegembiraan dalam kalangan manusia. Namun sebaliknya bagi seseorang yang mempunyai IQ tinggi, mereka akan lebih gembira bila bersendiri.

4. Terlihat ganjil di mata orang

Semakin aneh diri anda dimata orang lain, maka semakin tinggi IQ anda sebenarnya. Anda terlihat aneh adalah kerana diri anda sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling yang ada.

5. Menulis menggunakan tangan kiri

Kidal cenderung dikaitkan dengan mereka yang memiliki pemikiran “divergent” iaitu sangat kreatif dan mampu untuk menghasilkan pelbagai idea baru dalam masa yang singkat.

6. Tidak mudah terganggu

Penyelidik, Frank Zhu mengatakan bahawa ciri-ciri orang yang bijak adalah tidak mudah terganggu. Mereka ini mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang gangguan.

7. Mudah berasa bosan

Salah satu keburukan bagi mereka yang memiliki tahap IQ yang tinggi adalah mudah untuk berasa bosan. Hal ini terjadi disebabkan oleh mereka mudah untuk menyelesaikan masalah, teka-teki, dan masalah lain dalam masa yang singkat.

Selain dari ciri-ciri orang bijak ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan dengan kecerdasan dan kepintaran anak seperti:

Sumber:

  1. People With The Highest IQ of All Time 2023. Engineerine
  2. Sigs You Are Intelligent – Even If Doesn’t Feel Like It. Independent
  3. Ciri-ciri Orang Cerdas, Tidak Hanya Ditentukan dari IQ. Insertive

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.