Salah satu memori yang gembira buat ibu bapa adalah perkataan pertama yang diucapkan oleh anak. Tidak kisah sama ada lambat atau cepat, apabila dengar sahaja perkataan pertama yang dikeluarkan dari mulutnya, semestinya ibu bapa akan rasa gembira.

Selepas itu, banyak lagi perkataan yang dikeluarkan oleh anak-anak. Sebagai contoh, jika mahu makan, mereka akan kata lapar. Itu adalah tanda yang mereka mula tahu setiap maksud perkataan yang dikatakannya.

Tetapi, disebabkan kita sentiasa menyediakan keperluan anak sehingga anak tidak perlu meminta untuk mendpatkannya, anak-anak kurang bercakap. Sebagai contoh, susu sudah disediakan awal, jika mereka mahu susu, pergi ambil saja susu tanpa perlu meminta.

Hal ini akan menyebabkan anak kurang bercakap dan menjadi pendiam. Jadi, alangkah bagusnya jika kita membuat sesuatu agar anak dapat berkomunikasi dengan kita. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 cara mudah cipta peluang untuh anak 3 tahun berkomunikasi dengan ibu bapa. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor.

Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.

cipta peluan komunikasi dengan anak 3 tahun
Imej via Hellosehat

3 cara mudah untuk berkomunikasi dengan anak

1) Susu atau makanan diletakkan di tempat yg sukar untuk anak capai

Dengan ini anak akan belajar utk meminta dengan sebut ‘nak’ atau menggunakan gesture ‘tunjuk’

2) Ketika suap anak makan, beri dalam kuantiti sedikit.

Sebagai contoh ketika makan biskut atau roti, potong makanan kecil-kecil supaya anak akan minta banyak kali. Selain cipta peluang untuk anak meminta, cara ini juga dapat meningkatkan ‘eye contact’ anak.

3) Ketika memakai baju, beri peluang untuk anak memilih baju kegemaran berbanding kita yang menyediakan semua untuk anak.

*Ikuti cara mudah ini, Insyaallah kita dapat menggalakkan anak untuk lebih banyak bercakap dan belajar banyak perkataan yang baru. Anak yang berumur 3 tahun, mereka sudah mula bercakap dan bartanya, jadi rebut peluang ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.