Bermain dengan anak patung dan ‘doll house’ merupakan salah satu ‘imaginative play’ yang cukup digemari oleh kanak-kanak.
Ianya bukan sekadar menjanjikan keseronokan buat mereka, malah turut bermanfaat dalam meningkatkan lagi kosa kata, kemahiran sosial, kemahiran motor serta meluaskan lagi imaginasi mereka.
Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai dan mendapatkan beberapa item di kedai buku atau pasaraya terdekat sahaja, anda boleh membina ‘doll house’ ini sendiri di rumah!
Ya, tanpa perlu mencari pelbagai jenis bahan, tanpa perlu menjahit, tanpa menggunakan ‘hot glue gun’ dan tidak menggunakan walau secebis kain pun, ianya pasti mampu dihasilkan oleh anda sendiri buat anak-anak tercinta.
Berikut merupakan tips dan cara mudah untuk membina ‘doll house’ yang ‘simple’ sebegini buat si manja.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘doll house’ ini adalah :-
Info tentang bahan-bahan :-
Mari kita jelajah ‘doll house’ ini daripada ruangan bawah sekali hingga ke atas.
Ruangan ini terdiri daripada 3 warna berbeza untuk membezakan setiap bahagian iaitu warna hijau untuk laman, warna hitam untuk jalan dan warna kuning mustard untuk ‘parking lot’.
Perabot untuk halaman rumah ini hanyalah kincir angin, buaian, dan ‘mini play house’.
‘Mini play house’ tersebut diperbuat daripada kotak terpakai. Hanya tampalkan kertas warna dan ‘sticker’ untuk ianya kelihatan lebih menarik.
Untuk ruangan ini, ia dipenuhi dengan pelbagai perabot. Maka, hiasan yang digunakan adalah sangat minima supaya tidak kelihatan ‘crowded’.
Hanya tampalkan ‘sticker’ lampu di bahagian tengah dinding serta langsir di bahagian kiri dan kanan ruang ini.
Jika mahu, boleh lekatkan ‘frame’ gambar mini di bahagian kiri dan kanan pelekat lampu tersebut sebagai hiasan tambahan.
Di ruangan ini hanya terdapat perabot bewarna ungu sebagai peti ais dan dapur yang diperbuat daripada kotak terpakai dan kad tebal.
Untuk hiasan, tampal ‘sticker’ di bahagian dinding dapur dan dinding ruangan tersebut untuk menjadikan ia lebih berseri.
Kerusi bagi ruang makan ini diperbuat daripada ’tissue roll’ dan dibalut menggunakan kertas warna dengan menggunakan gam biasa. Meja makan pula diperbuat daripada ‘double tape roll’, ‘tissue roll’, kad tebal, dan kertas warna. Manakala alas meja diperbuat daripada kertas warna biru jenis berkilat (laser type).
Tampalkan langsir, ‘sticker’ jam dan ‘sticker’ pasu di bahagian dinding sebagai hiasan.
Untuk ruangan ini, gunakan perabot sedia ada untuk memenuhi ruang. Memandangkan ‘bath tub’ tersebut terlalu rendah, ketinggiannya ditambah dengan menggunakan ‘card board’ dan kertas warna ungu.
Mesin basuh diperbuat daripada ‘card board’, kertas warna dan kertas warna jenis berkilat (laser type). Manakala mangkuk tandas diperbuat daripada ‘card board’ dan kertas warna.
Dinding bilik air pula ditampal dengan lagsir serta beberapa ‘sticker’ sebagai hiasan. Jika mahu, boleh lukis gambar paip air di bahagian dinding ruangan ini.
Memandangkan bilangan katil tidak mencukupi, tambahan katil dan bantal dibuat dengan menggunakan kotak terpakai, ‘card board’ serta kertas warna jenis berkilat.
Kerusi untuk meja solek pula diperbuat dengan menggunakan lapisan ‘card board’ serta kertas warna.
Sama seperti ruangan lain, hanya tampalkan langsir di bahagian dinding dan beberapa ‘sticker’ sebagai hiasan.
Bahagian ini dibina dengan menggunakan ‘card board’ yang disambung terus bersama bumbung ‘doll house’.
Perabot yang tidak digunakan di mana-mana ruang diletakkan di ruangan ini sebagai alat permainan untuk anak patung.
Tampal ‘sticker’ lampu di bahagian tengah dinding dan pelekat lain sebagai hiasan tambahan. Untuk memberikan kelainan, bahagian siling ruangan ini ditampal dengan ‘sticker’ bulan dan bintang.
Untuk bahagian luar, hanya tampal kertas warna merah jambu jenis berkilat dengan menggunakan ‘double tape’ tebal bewarna hitam.
Ini merupakan view keseluruhan ‘doll house’ yang ‘simple’ ini apabila siap.
Dan ‘doll house’ ini sedia dimainkan bersama ‘play book / play scene’ yang lain seperti ‘play book’ bengkel kereta serta ‘play scene outdoor’.
Untuk membuat ‘doll house’ sebegini, ianya mengambil masa lebih kurang 3 hari (atau mungkin kurang) jika dapat betul-betul fokus dalam menghasilkannya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kekangan masa, cuba DIY ‘doll house’ ini sedikit demi sedikit sehingga siap.
Percayalah, anda pasti akan menikmati kepuasan berganda apabila ‘doll house’ ini berjaya disiapkan dan anak-anak bermain ‘doll house’ ini dengan riang gembira.
Selamat mencuba!