Urusan cara membuat visa umrah hari ini lebih mudah berbanding yang sebelum ini. Para jemaah boleh memohon E-visa umrah sendiri bagi tujuan umrah.
Umrah merupakan ibadah suci yang dilakukan oleh umat Muslim dengan tujuan untuk mengunjungi kota suci Makkah dan Masjidil Haram. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun, namun lebih afdhal jika dapat dilakukan dalam bulan Ramadhan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara membuat visa umrah sendiri yang boleh anda lakukan sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Visa umrah adalah satu dokumen rasmi yang memberikan izin seseorang itu untuk tinggal di Arab Saudi yang bertujuan hanya untuk menunaikan umrah. Ia dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi (KBSA) kepada sesebuah negara.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia adalah salah satu daripada 35 buah negara yang dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon E-visa.
Sebuah portal dalam talian iaitu e-Visa Arab Saudi diwujudkan untuk memudahkan cara membuat visa umrah sendiri bagi jemaah di seluruh dunia untuk memohon e-Visa.
Servis yang menjadi tumpuan ramai orang adalah segala aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan dan umrah.
Di bawah ini adalah beberapa maklumat penting mengenai e-Visa Arab Saudi:
Secara umumnya, terdapat tiga dokumen penting yang perlu disediakan bagi sesiapa yang mahu membuat permohonan visa umrah. Antaranya adalah seperti:
Selain itu terdapat juga dokumen tambahan lain yang perlu diserahkan mengikut jenis-jenis jemaah yang akan berdaftar. Berikut adalah maklumat terperincinya:
Jemaah | Mahram | Dokumen Tambahan | Nota |
Isteri | Suami | Salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. | Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan suami isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. |
Anak perempuan berumur di bawah 45 tahun & anak lelaki berumur di bawah 18 tahun (Jika anak perempuan di bawah umur 16 tahun & anak lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta) | Bapa | – Salinan sijil nikah anak yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Salinan sijil nikah ibu bapa yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. – Bagi anak perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra, surat keizinan (letter of consent) dari suami yang dicop oleh Pesuruhjaya sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami yang disahkan oleh JPN. | – Pastikan salinan sijil nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguaan oleh pihak Keduataan Arab Saudi. – Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. |
Cucu (Jika cucu perempuan di bawah umur 16 tahun & cucu lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta) | Datuk | – Salinan sijil lahir cucu yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Salinan sijil lahir ibu / bapa (bagi membuktikan hubungan dengan datuk) yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN. | – Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). |
Jemaah | Mahram | Dokumen Tambahan | Nota |
Adik beradik perempuan di bawah 45 tahun & adik beradik lelaki di bawah 18 tahun (Jika adik beradik perempuan di bawah umur 16 tahun & adik beradik lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta) | Adik beradik lelaki 19 tahun ke atas (Yang telah mencapai umur 19 tahun pada hari penerbangan) | – Salinan sijil lahir kedua-dua adik beradik yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN. – Bagi wanita yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra, surat keizinan (letter of consent) dari suami yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami yang disahkan oleh JPN. | – Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). – Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi |
Anak saudara (Jika anak perempuan di bawah umur 16 tahun & anak lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta) | Bapa saudara (Kedua-dua belah keluarga – bapa / ibu) | – Salinan sijil lahir anak saudara, dan bapa saudara, salinan sijil lahir ibu / bapa yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra (bagi membuktikan hubungan). – Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN. | – Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). |
Ibu saudara | Anak saudara (Yang telah mencapai umur 19 tahun pada hari penerbangan. Sebelah abang atau kakak) | – Salinan sijil lahir ibu saudara dan anak saudara, salinan sijil lahir ibu / bapa kepada anak saudara yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. (bagi membuktikan hubungan). – Surat keizinan (letter of consent) dari suami / bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami / bapa yang disahkan oleh JPN. – Bagi wanita yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. | – Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). |
Jemaah | Mahram | Dokumen Tambahan | Nota |
Anak tiri (Ibu kandung perlu / turut serta) | Bapa tiri | – Salinan sijil lahir anak tiri yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Salinan sijil penceraian ibu bapa kandung yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. – Salinan sijil nikah ibu bapa tiri yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. – Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN. | – Bagi bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). – Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan anak-bapa tiri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. |
Anak angkat (Ibu angkat perlu turut serta) | Bapa angkat | – Salinan sijil lahir anak angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Salinan sijil pengambilan anak angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. | – Pastikan salinan sijil lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. – Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan anak-bapa tiri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. |
Jemaah | Dokumen Tambahan | Nota |
Muallaf | – Salinan kad / surat memeluk agama Islam yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Muallaf) dan Wisma Putra. ~ Salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. ~ Salinan sijil lahir adik-beradik yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. ** Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN ** | – Bagi bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan. – Perlu surat keizinan (letter of consent) dari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). (sekiranya ada) |
Warganegara Asing | Permastautin tetap (PR): – Salinan kad pengenalan PR yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. – Surat pengesahan majikan (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. – Jika tidak bekerja, sertakan surat akuan sumpah (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Wisma Putra. Permit/Visa bekerja (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan): – Surat pengesahan majikan (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. – Surat keizinan (letter of consent) dari majikan yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan majikan yang disahkan oleh JPN. Permit/Visa belajar (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan): – Surat pengesahan dari kolej / universiti / sekolah yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. (Surat pengesahan dalam Bahasa Inggeris). Permit/Visa keluarga (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan): – Salinan sijil nikah / sijil lahir yang disahkan oleh kedutaan masing-masing dan Wisma Putra. – Surat akuan sumpah (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Wisma Putra. – Visa / permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa | – Pembantu rumah (maid) mestilah bermahramkan majikan, tidak boleh pergi sendiri tanpa mahram – Nama pada pasport hendaklah mempunyai bin / binti serta nama bapa. Jika tiada, sila ke kedutaan untuk buat tambahan dalam pasport. – Pembantu rumah (maid) yang bermahramkan bapa, anak atau adik beradik lelaki majikan, perlu surat keizinan dari majikan yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra serta surat keizinan (letter of consent) dari majikan yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN – Hal-hal lain tertakluk kepada budi bicara Kedutaan Arab Saudi. |
Berikut adalah cara membuat visa umrah sendiri (pendaftaran):
Berikut adalah cara membuat visa umrah sendiri (permohonon):
Jenis Perbezaan | Visa Umrah | Visa Ziarah |
Pengertian | Satu dokumen rasmi yang memberikan izin seseorang itu untuk tinggal di Arab Saudi yang bertujuan hanya untuk menunaikan umra | Visa yang memberi kemudahan kepada pelancong untuk melancong dengan bebas tanpa terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi |
Atur cara perjalanan | Perjalanan dan dikendalikan oleh ejen pelancongan Arab Saudi (Muassasah) | Pelawat bebas membuat kunjungan ke mana-mana tempat berdasarkan perturan terkini |
Slot perjalanan | Sekurang-kurangnya satu slot diaturkan terlebih dahulu. Boleh menempah lebih banyak slot menerusi aplikasi Etamarna | Tiada slot diaturkan. Jemaah perlu membuat tempahan sendiri menerusi aplikasi Etamarna. |
Keperluan mahram | Memerlukan mahram (bagi wanita) | Tidak memerlukan mahram |
Tempoh sah visa | Tempoh sah visa 30 hari | Tempoh sah visa 360 hari; setiap lawatan dihadkan 90 hari |
Tujuan visa | Hanya untuk umrah sahaja | Boleh digunakan untuk umrah dan lain-lain |
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara membuat visa umrah sendiri ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan para jemaah umrah semua.
Selain dari cara membuat visa umrah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan umrah dan haji seperti:
Sumber: