Mencari info cara mandi wajib?

Setiap hari kita mandikan, ada sesetengah orang yang setiap kali ingin melaksanakan solat akan mandi. Bagi mereka sekiranya tidak mandi sebelum solat, mereka merasa tidak bersih dan malu untuk berhadapan dengan Allah SWT.

Mandi harian dan mandi wajib agak berbeza dari segi tertib walaupun tujuannya hampir sama iaitu membersihkan diri kerana Allah SWT.

Mandi wajib disertai dengan rukun yang mesti kita lakukan untuk menyucikan diri daripada hadas besar.

Imej via 955169

4 Sebab Perlunya Mandi Wajib

  • Berhenti haid dan nifas.

Selepas seseorang wanita itu yakin dia sudah suci dari haid atau nifas, wajib bagi dia untuk melaksanakan mandi wajib.

Ini bagi membolehkan mereka untuk melakukan ibadah harian seperti solat , puasa dan membaca ayat suci al-Quran.

  • Muslim yang telah meninggal dunia.

Dalam menguruskan jenazah orang Islam rukun mandi wajib mestilah dilaksanakan sebagai mungkin.

Bagi jenazah muslim yang syahid ketika berperang untuk menegakkan islam sahaja tidak perlu dimandikan.

  • Bangun dari tidur dan keluar air mani

Ada sesetengah ulama berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu bangun dari tidur dan mendapati keluarnya air mani, kita perlu untuk mandi wajib bagi membersihkan diri dari hadas besar.

  • Setelah melakukan hubungan kelamin.

Bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan intim diwjibkan untuk mandi wajib . Ini dinyatakan menerusi hadis  “Jika seseorang duduk di antara empat anggota badan istrinya (maksudnya: menyetubuhi istrinya , pen), lalu bersungguh-sungguh kepadanya, maka wajib baginya mandi.” (HR. Bukhari no. 291 dan Muslim no. 348)

Dalam perkongsian kali ini, kita akan menelusuri langkah mandi wajib mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita dengan tertib yang terbaik untuk melaksanakan mandi wajib.

Imej via Olichel

10 Langkah Mandi Wajib Cara Rasulullah SAW

  1. Baca niat untuk mandi wajib

Bacaan niat bergantung kepada tujuan kita mandi wajib.

Sekiranya kita mandi wajib untuk menyucikan diri daripada haid, bacalah niat seperti di bawah;

Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala.

Jika tujuan mandi wajib adalah untuk menyucikan diri setelah hubungan intim suami isteri;

Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala.

  1. Mulakan dengan bacaan Bismillah.

Sebelum memulakan sebarang ibadah atau aktiviti harian, kita digalakkan untuk mulakan dengan bacaan bismillah bagi mendapatkan keberkatan dari Allah SWT.

  1. Basuh kedua tangan

Pastikan air kena diseluruh tangan dan tiada yang menghalang dari air daripada membasahi tangan. Sunat membasuh tangan adalah sebanyak 3 kali.

Pastikan segala kekotoran dicelahan jari dan kuku dibersihkan.  Sekiranya anda memakai pewarna kuku pastikan warna tersebut telah ditanggalkan sebelum anda melakukan rukun mandi wajib.

  1. Basuh kemaluan

Bersihkan diri daripada segala kotoran dan najis yang terdapat disekitar kemaluan sama ada najis mahupun air mani. Cuci kotoran dengan menggunakan tangan kiri.

  1. Cuci tangan kiri dengan sabun dan pastikan bersih

Setelah membasuh kemaluan tangan kiri, tangan tersebut perlulah dicuci dengan bersih bagi mengelakkan ada kotoran atau najis yang masih tertinggal di celahan kuku.

  1. Mengambil wudhu .

Proses mengambil wudhu untuk mandi hadas dilakukan seperti ingin melakukan solat dan kita boleh menangguhkan tertib basuh kaki selepas siap mandi.

  1. Membasahkan rambut

Basahkan rambut secara rata disetiap helaian rambut.  Ratakan sebanyak tiga kali. Nabi Muhammad SAW membasahkan rambut menggunakan teknik selaan disetiap helaian rambut.

Sekiranya ada diantara anda yang mengenakan pewarna rambut, sebaiknya lunturkan warna tersebut supaya warna rambut kembali kepada warna asal .

Sekiranya mandi wajib dilakukan tanpa melunturkan warna asal ia menjadi tidak sah. Ini kerana ada pewarna rambut yang tidak celus air.

  1. Siram kepala

Siraman kepala dimulakan dengan bahagian kanan  kemudian kiri dan akhir sekali ditengah-tengah kepala.

Untuk wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya.

Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah;

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330).

Namun ia berbeza untuk wanita yang mandi wajib untuk menyucikan diri daripada haid. Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk membuka ikatan rambut sebelum mandi bagi memudahkan air mengalir dicelahan rambut.

  1. Mulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah dengan mendahulukan tubuh bahagian kanan semasa mandi.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

  1. Meratakan air keseluruh badan.

Pastikan air kena keseluruh tubuh badan termasuk di bahagian lipatan atau celahan. Sekiranya ada bahagian tubuh badan yang tidak dibasahi dengan air mandi wajib menjadi tidak sah.

Diharapkan artikel ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.

Bersama kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada kekasih Allah SWT diakhirat kelak.

Rujukan :

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.