Orang yang bijak dalam membeli emas biasanya mempunyai pengetahuan dalam cara kira harga emas sebelum membuat apa-apa pembelian.
Dengan adanya ilmu ini, kita sebagai pembeli akan mudah membuat perbandingan yang berkesan untuk mendapatkan harga yang lebih menarik.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara kira harga emas yang boleh dijadikan panduan semasa membeli emas.
Jenis Emas | Agrobank | Muamalat |
---|---|---|
Emas 999 (24K) | 297.49 | 294.26 |
Emas 950 (23K) | 282.61 | 279.83 |
Emas 916 (22K) | 272.70 | 269.81 |
Emas 875 (21K) | 260.30 | 257.74 |
Emas 835 (20K) | 247.90 | 245.95 |
Emas 750 (18K) | 223.11 | 220.92 |
Kedai emas biasanya mengambil sedikit upah bagi sesiapa yang membeli emas di kedai mereka.
Formula kira upah = Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Formula kira upah = RM 3200 – (10 x 260)
= RM 3200 – RM 2600
= RM 600 (kadar upah yang diambil)
*Formula ini penting untuk digunakan jika kita membeli emas di kedai yang tidak bertanggungjawab menyembunyikan jumlah upah yang diambil.
Tanpa kita sedar, sebenarnya harga emas yang kita beli itu bukanlah harga sebenar. Di mana harga emas tersebut sudahpun ditambah dengan pelbagai harga.
Cara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:
Formula = (berat emas x harga emas kedai + upah) / berat emas
Formula kira harga emas sebenar = (10 X 260 + 280) / 10
= RM 360 (kadar harga emas sebenar)
*Berhati-hati sekiranya harga emas yang dijual atau dipaparkan oleh kedai tidak menggunakan cara pengiraan seperti di atas.
Setiap gram emas, kedai akan mengenakan upah bagi setiap gram emas yang kita beli.
Cara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:
Kadar upah bsgi setiap gram = (280 / 10 )
= RM 28 (upah kedai kenakan bagi setiap gram)
*Lain kedai berkemungkinan besar mengenakan kadar upah yang berbeza bagi setiap gram emas. Justeru itu penting untuk kita faham akan cara pengiraan yang sebenar.
Mereka yang mempunyai emas lama tetapi mahu membeli emas baru, kita boleh berdagang dengan menggunakan kedua-dua emas tersebut.
Cara kira harga emas tersebut adalah seperti di bawah:
Formula = (Berat emas baru x Harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Formula = (10 x 260 + 280) – (8 x 235)
= 2880 – 1880
= RM 1000 (jumlah tambahan selepas trade in emas)
*Pembelian emas bergantung kepada harga perdagangan emas untuk kedai.
Pernahkah kita terfikir, antara kedai yang mempunyai upah dengan kedai yang tiada upah, mana satukah lebih menguntungkan pada kita?
Bagi menentukannya, kita boleh menggunakan formula dan cara kira harga emas itu adalah seperti yang berikut:
Kedai A: ada upah
Kedai B: tiada upah
Kira harga emas sebenar kedai A = (Berat emas x harga emas kedai + upah ) / berat emas
(Kira harga emas sebenar kedai A) = (8 x 260 + 240) / 8
= 2320 / 8
= RM 290 (harga emas sebenar kedai A)
(Kira harga emas sebenar kedai B) = (8 x 260) / 8
= RM 260
= RM 260 (harga emas sebenar kedai B)
Ini menunjukkan, kedai B mempunyai kadar lebih murah sebanyak RM30 berbanding kedai A.
*Elak dari membuat perbandingan terus tentang harga emas. Pastikan tidak terdapat kadar upah bersama yang diselitkan dalam jumlah harga perlu dibayar.
Mereka yang mempunyai emas lama tetapi ingin memiliki emas baru, boleh membuat beberapa pertimbangan dahulu sebelum membuat pilihan.
Antara pertimbangan biasa yang boleh dibuat adalah membandingkan sama ada emas lama lebih baik didagangkan di kedai atau hanya disimpan di Ar-Rahnu.
Cara kira harga emas itu adalah seperti yang berikut:
Formula = (Berat emas x harga trade in kedai) – (Berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Formula = (10 x 240) – (10 x 277 x 70%)
= 2400 – (2770 x 70%)
= 2400 – 1939
= RM 461
*Ambil tahu harga emas Ar-Rahnu dan harga trade in di kedai yang terkini sebelum membuat pilihan.
Mereka yang ingin membeli emas 916, boleh gunakan cara kira harga emas di bawah ini untuk mendapat pembelian dengan harga yang lebih murah
Formula = (berat barang) x (harga emas) + (upah)
Formula = (8 x 260) + 240
= 2080 + 240
= RM 2320
*Jangan takut untuk berunding dengan kedai emas dan tawar menawar kadar upah yang ditetapkan oleh kedai emas.
Selain dari panduan cara kira harga emas ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan cara pengiraan dalam kehidupan seharian seperti:
Rujukan: