Bila di tanya macamana nak jimat minyak kereta? Jawapan paling banyak di beri adalah dengan memilih dan membeli kereta yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah. Itu kalau bagi yang belum beri kereta, jika dah lama beli ni? Takpe jangan risau, kat sini akan disenaraikan 7 tips utama bagaimana untuk jimatkan minyak kereta (petrol) terutama untuk warga kota.
Benar-benar hendak tahu cara menjimatkan minyak kereta supaya tak lari bajet di ketika harga minyak tidak menentu sekarang ni? Jika ya boleh ikut tips-tips cara jimat minyak seperti di bawah.
Semua orang nak jimat minyak kereta tapi memang tak ramai yang tahu bagaimana, jadi inilah masa untuk kita sama-sama belajar dan praktikkan.
Selagi boleh jimat maka kita akan berusaha untuk berjimat lagi-lagi jika hidup di dalam bandar besar yang serba mencabar ni, sana sini banyak benda yang mahal!
Cara jimat minyak kereta yang pertama isi minyak pada waktu suhu masih sejuk, Pada cuaca seperti ini, kapasiti dalam minyak petrol adalah lebih padat.
Caj minyak petrol mengikut harga seliter, dan bukannya kepadatan, kalau anda isi minyak pada waktu awal pagi ataupun malam anda akan dapat kapasiti minyak yang lebih banyak. Untung kan, jadi ini kelebihan bila isi minyak pada waktu suhu yang lebih sejuk, minyak jadi padat banyak boleh dapat.
Dah jadi kebiasaan kalau balik kampung mesti banyak beg kan? Lagi banyak beg lagi berat kereta lagi minyak cepat habis, jadi ini cara jimat minyak kereta Sebelum anda memulakan perjalanan, periksa bonet dan tempat duduk belakang kereta.
Jika ia terlampau berat dan sendat . kurangkan beban yang ada, bawak yang betul-betul perlu sahaja, bila kereta ringan petrol pun lebih jimat.mesti anda tak pernah terfikir pasal nih kan.. Kereta pun tahu dahaga dan penat hehe
Sewaktu menunggu orang atau amik penumpang? Matikanlah enjin kereta tuh. Sebab lagi lama enjin hidup lagi banyak minyak berjalan walaupun kereta anda tak bergerak.
Jangan terkejut Setiap 2 minit kereta tidak bergerak, penggunaan minyak sama banyak dengan perjalanan 1.5km tau . Jadi kalau perlu berhenti lebih dari 5 minit, jangan lupa matikan enjin kereta anda kalau rasa nak berjimat
Jangan ingat manusia je sakit kereta pun boleh sakit jugak, cara jimat minyak kereta yang seterusnya Pastikan kereta anda diservis bagi menjaga kesihatan enjin, dan gunakan minyak enjin yang betul. Selain itu, pastikan jadual servis kereta anda diselengara dengan baik bagi mengelakkan masalah pada komponen kereta.
Minyak enjin, penapis udara, dan juga palam pencucuh, Kena selalu hantar service, Jika komponen kereta sihat tak sakit , perjalanan anda nanti akan terasa lebih lancar dan minyak petrol pun lebih jimat.
Anda tau tak antara faktor utama minyak cepat je habis bila kita selalu tempoh jalan yang rosak sebab jalan yang tidak rata serta berlubang boleh menyebabkan penggunaan minyak petrol lebih 30% Setiap kali tayar melonjak ke dalam lubang.
Ini kerana anda akan terpaksa menekan pedal minyak berkali-kali untuk mara ke hadapan. Agaknya bilalah jalan raya kat malaysia nih nak bebas dari lubang kan? Sabar sajalah.
Nak tahu tak antara menyumbang kepada penggunaan petrol tinggi? ialah bila anda suka drift atau memandu secara agresif Di atas jalan raya. Kalau betul nak tau cara jimat minyak kereta bawak la kereta tuh elok-elok sikit.
Memotong kiri dan kanan, pecut bila lampu hijau dan selekoh, dan banyak lagi akan meningkatkan penggunaan minyak kereta, bukan itu sahaja brek dan tayar pun akan rosak lebih cepat. Jadi kalau anda tak buat drift, anda boleh menjimatkan petrol dengan sangat banyak. Tak payah nak fast and furious sangatlah.
Tips cara jimat minyak kereta yang nih memang susah nak elak tapi setidaknya anda boleh cuba sekali.
Lagi-lagi time cuti dan waktu puncak untuk pergi dan balik kerja memang wajib tempoh jalan sesak kan, Jadi anda kena pandai-pandai la Rancang perjalanan anda untuk elakkan trafik yang sesak.
Ada kajian mengatakan kesesakan jalan raya boleh mengakibatkan penggunaan petrol kereta yang tinggi sehingga 20% disebabkan perlu berhenti dan bergerak dengan kerap.
Tak kan nak ke sana sini dengan jalan kaki, agak-agaklah. Maka suka ataupun tidak kenderaan memang perlu untuk kita semua. Tidak kira di desa lebih-lebih lagi di kota kenderaan empat tayar ini memang sering menjadi pilihan utama.
Yang penting kena bijak mencari cara bagaimana untuk menjimatkan wang. Cara jimat minyak dalam bentuk tips ini hanyalah contoh ringkas dan sebenarnya masih ada banyak contoh lain di luar sana..
Alang-alang sara hidup untuk warga kota memang agak tinggi. Sana sini jem pula tu. Argh stress! Jadi jika anda rasa sangat rimas dengan semua ini, ada baiknya gunakan jalan penyelesaian terbaik iaitu dengan membeli sebuah motorsikal.
Tak perlu motorsikal baru yang mahal-mahal, beli yang terpakai (secondhand) dengan harga yang agak murah pun dah okay. Mungkin di awalnya perlu berbelanja lebih untuk membeli motor tetapi setidaknya anda dapat mula jimatkan minyak selepas itu dengan waktu jangka masa di atas jalan juga dapat dikurangkan.