Sama ada kita seorang majikan ataupu pekerja masing-masing bertanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan yang diterima mengikut kepada kadar pendapatan dan jenis sumber yang diterima. Fungsi cukai ini sebenarnya bertujuan untuk membantu dalam pembangunan negara dari pelbagai inisiatif dan sektor di Malaysia. Artikek pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda cara isi e-Filing dengan mudah secara dalam online sahaja.

Siapa yang perlu bayar cukai?

Individu yang sepatutnya bayar cukai ini ditentukan dari jumlah pendapatan mereka sendiri. Setiap bulan, kita menerima gaji dan slip gaji. Mereka yang mempunyai kriteria di bawah perlu membayar cukai:

  • Gaji bulanan lebih kurang RM2,833.33 atau lebih daripada RM34,000 setahun, bagi yang bekerja makan gaji.
  • Gaji tahunan yang mencecah RM34,000, bagi seorang freelancer atau yang bekerja sendiri.

Kesan bila tidak membayar cukai

Setiap perkara yang kita lakukan pastinya akan mendatangkan sama ada kebaikan atau keburukan kepada diri kita sendiri. Begitu juga dengan halnya cukai. Tiga perkara utama yang selalu terjadi kepada individu yang cukup kriteria tetapi tidak mahu membayar cukai adalah dikenakan penalti 10%, dikenakan tindakan makhamah, dan lebih teruk tidak dibenarkan untuk keluar negara sama sekali.

Apakah e-Filing?

Hari ini tidak perlu susah payah pergi LHDN, ambil nombor beratur, dan berurusan dengan kaunter lagi. Kita boleh bayar cukai ini dari akses internet secara atas talian dengan mudah walau dimana sahaja contohnya menggunakan sistem e-Filing.

Cara isi e-Filing adalah cara terkini untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian melalui laman web LHDN. Sungguhpun borang manual masih berjalan seperti biasa tetapi e-Filing lebih digalakkan kerana berkonsepkan mudah, ringkas, praktikal, dan selamat digunakan.

Langkah mudah daftar ezHasil online

Buat yang pertama kali mahu menggunakan sistem e-Filing, anda perlu mengisi dan mendaftar ezHasil dahulu sebelum menggunakan sistem tersebut.

1. Pergi ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan.

2. Buat pemohonan nombor pin individu untuk login pertama kali.

3. Kemudian, masuk ke pautan ini https://ez.hasil.gov.my/CI/

4. Masukkan nombor pin yang diperoleh berserta nombor kad pengenalan juga.

5. Klik hantar. Anda selesai untuk mendaftar buat kali pertama ke dalam sistem ini.

Apakah proses yang berlaku dalam sistem e-Filing?

1. Pastikan sebelum mengisi borang e-Filing, sistem ezHasil anda sudah berfungsi dengan baik.

2. Jika berjaya, barulah log in ke sistem ezHasil.

3. Pergi ke bahagian menu e-Filing dan klik pada pautan butang e-Borang untuk pengisian borang selanjutnya.

4. Kemudian, pilih juga jenis borang yang anda mahu isi pada skrin e-Borang dan tahun taksiran yang dimahukan.

Senarai e-Borang perlu anda tahu

Berikut adalah senarai e-Borang yang dimaksudkan beserta individu yang perlu mengisi:

  • e-E : Majikan
  • e-BE : Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B : Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT : Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berkepakaran yang telah diluluskan oleh Menteri
  • e-P : Perniagaan perkongsian
  • e-M : Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT : Pekerja yang Berpengetahuan atau Pekerja Berkepakaran yang tertakluk kepada kelulusan Menteri

Cara isi e-Filing dengan betul

Secara umumnya, cara isi e-Filing ini mengandungi beberapa bahagian penting dan wajib diisi. Empat bahagian penting itu adalah:

Bahagian maklumat individu

1. Paparan pertama, anda akan dikehendaki untuk mengisi bahagian maklumat individu. Butiran seperti nama, warganegara, jantina, tarikh lahir, status, jenis taksiran, e-mail, dan nombor telifon bimbit adalah antara maklumat yang wajib diisi oleh kerana ia bertanda (*).

2. Borang ini didatangkan dengan versi dwibahasa. Anda boleh kilik pada nota penerangan untuk dapatkan penerangan berkaitan borang yang diisi sama ada dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Selesai mengisi maklumat individu, klik simpan dan tekan pada tab seterusnya untuk ke halaman baru.

Bahagian pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan tahun kebelakangan yang belum lagi dilaporkan

1. Paparan kedua, anda dikehendaki untuk mengisi pula maklumat berkaitan pendapatan (gaji).

2. Isi maklumat yang berkaitan dengan lengkap dan tepat untuk mengelakkan berlaku pencanggahan maklumat nanti.

Bahagian pelepasan cukai / rebat / pelepasan / tolakan cukai

1. Paparan ketiga, anda dikehendaki isi segala maklumat yang berkaitan dengan pelepasan cukai seperti hutang, tanggungan, faedah pinjaman, dan sebagainya.

2. Setiap butiran ada disertakan sekali dengan simbol (i) untuk memudahkan anda sekiranya memerlukan penerangan yang jelas sebelum mengisi.

Bahagian Rumusan

1. Paparan keempat, rumusan cukai akan dipaparkan.

2. Anda boleh lihat, sistem akan memaparkan jumlah “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”.

3. Jangan lupa untuk buat semakan sekali lagi segala butiran yang telah diisi tadi untuk mengelakkan sebarang pembetulan atau ralat.

4. Setelah berpuas hati, klik pada butang teruskan untuk menghantar pengisytiharaan borang.

5. Selesai melengkapkan kesemua empat halaman borang tersebut, anda perlu ke bahagian akuan untuk menghantar borang tersebut. Anda juga boleh memilih untuk:

  • mencetak draf borang dalam bentuk format PDF
  • menandatangani dan hantar e-Borang, atau
  • kembali ke paparan sebelumnya

6. Bagi tujuan menandatangani dan hantar borang, anda dikehendaki untuk mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan dengan tepat seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

7. Tahniah, e-Borang telah berjaya dihantar. Untuk tujuan bukti dan dokumentasi, anda juga boleh menyimpan dengan mencetak slip pengesahan penerimaan borang dan salinan e-Borang dari pilihan menu yang disediakan.

Manual PDF panduan mengisi borang e-Filling

Jika anda inginkan panduan cara isi borang ini dengan lebih terperinci khususnya bagi yang pertama kali mengisi, anda juga boleh memuat naik panduan dari pautan di bawah:

PDF Manual Pengguna e-Borang ezHasill

Semoga panduan ini memberikan anda informasi yang bermanfaat khususnya kepada mereka yang pertama kali mahu membayar cukai atau pertama kali menggunakan sistem pembayaran cukai dari atas talian.

Selain artikel berkenaan dengan cara isi e-Filing ini, anda boleh juga baca perkongsian artikel kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Panduan Pengguna E-Borang EzHasil. LHDN Malaysia
  2. Cara Buat E-Filing Cukai Pendapatan 2021 Untuk ‘First Timer’ (Mulai 1 Mac). Sirap Limau

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.