Bagaimanakah cara guna santan yang betul dalam masakan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara guna santan dengan betul bergantung kepada jenis-jenis santan di pasaran.

Apa itu santan?

Santan adalah cecair yang boleh diperoleh daripada parutan isi buah kelapa.

Untuk pengetahuan anda, santan tidak hanya biasa digunakan di negara Asia. Malah, ia telah digunakan secara meluas di seluruh tujuh benua.

Jenis-jenis santan di pasaran

cara guna santan

Terdapat banyak jenama santan yang mula diperkenalkan dan juga menjadi kegemaran ramai orang.

Berikut adalah antara jenis santan yang boleh kita dapatkan di pasaran.

1. Santa pekat

Santan pekat mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding santan yang lain. 

Ia sangat sesuai untuk masakan kampung seperti gulai atau masakan berkuah yang lain kerana mempunyai tekstur yang pekat dan likat.

2. Santan kotak

Santan kotak memang banyak digunakan dalam pelbagai masakan kerana ianya mudah untuk didapati.

Sesuai untuk yang ingin mula belajar memasak atau yang mencari jalan mudah untuk mendapatkan santan.

Santan kotak juga ada yang cair dan ada yang pekat. Sebelum membelinya, pastikan anda perhatikan label dengan betul.

3. Santan serbuk

Santan serbuk mudah untuk disimpan, murah, tahan lama dan berkrim. Ia sebenarnya sedap di gunakan untuk memasak pencuci mulut seperti agar-agar, kek dan puding yang memerlukan santan.

Terdapat dua cara menggunakan santan serbuk. Cara pertama adalah anda boleh memasukkan terus santan terus dalam masakan.

Cara kedua adalah gaulkan santan dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum campurkan dalam masakan.

Cara guna santan dengan betul

Perkongsian ini dikongsikan berdasarkan pengalaman seorang pengguna Facebook, Ummi Syuhada tentang cara guna santan yang betul mengikut beberapa jenis-jenisnya.

1. Santan Kara pekat sesuai bagi masakan berkuah sebab teksturnya kental dan susah pecah minyak.

Beginner yang belum mahir masakan berkuah, anda sesuai menggunakan santan ini kerana dijamin tidak pecah minyak atau berketul.

Bagi jenama santan Ayam brand dan M&S ianya lebih cair sedikit. Anda perlu lebihkan kuantiti santan jenama ini sekiranya ingin digunakan.

cara guna santan

2. Untuk rendang, jenama Kara susah pecah minyak kerana teksturnya pekat. Jadi, anda perlu lebihkan air atau tumis dulu.

Kalau guna daging yang berlemak, tidak perlu tumis sebab nanti lemak tersebut akan mengeluarkan minyak.

3. Kalau anda mahu guna Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan terlebih dulu dengan air panas.

Ia mungkin susah sebati sekiranya digaul bersama pulut sehingga menyebabkan ia bergumpal.

Jika anda menggunakan jenama ayam brand dan M&S, anda boleh terus mengaulnya sehingga larut kerana teksturnya yang lebih cair.

cara guna santan

4. Santan fresh lepas beli, terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantitinya banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama disimpan dalam chiller.

Hal ini kerana, bahagian tengah bungkusan biasanya lambat sejuk. Yang sejuk dulu adalah bahagian keliling plastik. Kalau anda mahu gunakan juga, pastikan tentukan waktu penggunaan yang tepat.

Dalam masa yang sama, ambil kira juga berapa lama ia dikeluarkan pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang masak yang lain dulu sebelum santan.

cara guna santan

5. Santan fresh yang sudah beku, kalau anda mahu guna dalam masakan rendang dan nasi lemak, terus masuk dan tidak perlu dicairkan semula.

6. Santan fresh yang beku kalau anda mahu gunakan untuk masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air terlebih dahulu.

Selepas cair barulah digunakan. Sekiranya tidak dilakukan seperti itu, dikhuatiri anda akan berhadapan dengan masalah pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

7. Santan serbuk sedap dibuat puding, agar-agar bersantan, kek, dan nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih beraroma seperti kelapa yang disangai.

Serbuk santan berperasa santan sangat sedap digunakan ketika memasak nasi lemak.

cara guna santan

8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang sudah tercair. Caranya, anda boleh tabur terus ke dalam kuah dengan api kecil.

Tabur setempat dan elak dari ditabur merata kerana akan lebih sukar jika mahu dikacau sehingga larut.

Kalau anda tidak yakin dengan kaedah ini, anda boleh cedok sedikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut baru dituang balik.

Bagi cucur jagung atau cucur durian yang sudah tercair bancuhannya, anda boleh tabur terus sahaja serbuknya.

9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna biasanya tidak habis sepeket. Baki santan itu, boleh anda simpan lama walaupun sudah expired.

Gulung sahaja dengan kemas menggunakan ikat getah atau kepit klip lalu simpan ke dalam chiller.

10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecil.

Kalau kelapa parut yang anda gunakan tidak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan berwarna keruh sikit.

Namun ini tidak menjadi masalah besar untuk semua jenis hidangan kecuali ketupat. Apabila anda masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh di bahagian bawah.

Nanti rupa ketupat akan jadi lebih gelap dan berbintik hitam di pulutnya pula.

11. Kalau santan beku, perlu dicairkan ke tidak? Anda boleh tengok bahagian mendapan di bawah.

Kalau bahagian ais banyak, santan akan larut apabila di cairkan bila larut. Kalau mahu santan yang pekat, bahagian ais beku itu, boleh anda lakukan sahaja di bawah air paip untuk tinggalkan yang pati sahaja.

12. Santan fresh kalau hendak diuji bertepung atau tidak, anda boleh cedokkan sedikit kuah dan letak di dalam kuali.

Kalau santan menjadi cair dan berubah berminyak, maka kandungannya tiada tepung.

13. Ramai yang komen tentang santan jenama Farm Fresh. Saya sudah cuba, ianya memang terbaik.

Boleh ke ganti santan dengan susu?

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah boleh santan digantikan dengan susu dalam masakan?

Sebenarnya boleh sahaja. Anda boleh cuba mempelbagaikan resepi kerana tentunya sama ada santan atau susu, kedua-duanya mempunyai tekstur rasa yang menarik untuk dicuba.

Bagi anda yang berminat menggunakan susu, anda boleh gantikan 1 cawan santan bersamaan 1 cawan susu cair atau 3/4 cawan susu pekat manis.

Selain dari tips cara guna santan ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain dan menarik seperti:

Sumber:

  1. Facebook Masak Apa Hari Ini. Ummi Syuhada

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.