Setiap pasangan yang berkahwin pastinya teruja untuk menantikan cahaya mata hadir ke dalam hidup mereka. Disebabkan itu, ramai yang mula menggunakan pregnancy test untuk melihat sama ada positive mahupun tidak. Walaupun begitu, bagi mereka yang baru pertama kali menggunakannya pasti akan keliru cara guna pregnancy test dengan betul.

Ujian kehamilan mahupun pregnancy test dikenali sebagai urine pregnancy test. Ujian ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Ujian ini sangat mudah untuk dilakukan kerana tidak perlu ke hospital untuk mengetahui sekiranya anda mengandung ataupun tidak. Disebabkan ujian kehamilannya yang tepat menjadikan pregnancy test ini semakin digunakan oleh orang ramai. Terdapat pelbagai jenis pregnancy test yang dapat anda gunakan.

Jenis Ujian Kehamilan

Terdapat 3 jenis ujian yang biasanya dilakukan oleh orang mengandung. Antaranya ialah ujian kehamilan yang dilakukan dari rumah iaitu (HPT), ujian kencing di klinik dan ujian darah.

Home Pregnancy Test (HPT)

Sekiranya anda suka melihat media sosial, anda pastinya dapat melihat ramai wanita yang menayangkan kit ujian ini. Pregnancy test ini menggunakan urine untuk mengesan hormon yang terdapat di dalam urine wanita mengandung. Hormon ini hanya terjadi sekiranya wanita tersebut mengandung. Disebabkan itu, pregnancy test ini mempunyai ketepatan sebanyak 97%-99%.

Bagi anda yang ingin melakukan ujian ini, terdapat cara penggunaan yang dituliskan di belakang kotak mahupun plastik pregnancy test ini. Namun, diingatkan untuk anda melakukan pregnancy test ini sebanyak 2 kali untuk memastikan ujian ini menunjukkan keputusan yang tepat. Hal ini dilakukan kerana terdapat beberapa masalah seperti kadar hormon yang rendah dan sensitif.

Ujian Kencing Klinikal

Ujian ini merupakan ujian yang menjadi pilihan ramai wanita hamil. Kebiasaannya mereka yang menjalani ujian ini telah membuat ujian pregnancy test di rumah terlebih dahulu. Mereka hanya datang ke klinik untuk membuat pengesahan yang tepat mengenai kehamilan mereka.

Kebiasaannya anda akan diberikan bekas untuk mengisi urine bagi melakukan ujian ini. Ujian ini akan mengambil masa selama 1 minggu sebelum anda dapat melihat keputusannya. Ujian ini lebih tepat berbanding ujian pregnancy test yang dilakukan di rumah.

Ujian Darah

Ujian darah juga merupakan antara ujian yang dilakukan bagi melihat sama ada anda hamil mahupun tidak. Ujian ini dilakukan di makmal untuk mengesahkan hormon anda. Kebiasaannya ujian ini akan melihat kuantiti dan kualiti hormon yang terdapat di dalam badan anda. Ujian darah ini dilakukan kerana ketepatannya yang lebih tepat berbanding dengan ujian lain.

Selain itu, ujian ini merupakan ujian yang terbaik untuk melihat kehamilan anda. Doktor juga boleh melakukan ultrasound untuk beberapa hari. Walaupun ujian ini sangat tepat dan terbaik, ujian ini juga mempunyai kelemahannya. Antaranya ialah ujian ini memakan masa yang lama untuk mengeluarkan keputusan serta kadar caj yang lebih mahal berbanding ujian yang lain.

Cara Guna Pregnancy Test

Tunggu 1-2 Minggu Selepas Haid Pertama Terlepas

Sekiranya anda ingin mendapatkan keputusan yang tepat, anda perlu melakukan pregnancy test ini setelah 1-2 minggu haid anda terlepas. Waktu ini merupakan masa yang ideal bagi anda yang ingin menjalankan ujian ini. Pastikan anda sentiasa mencatat waktu haid anda. Hal ini adalah untuk memastikan ujian hamil yang anda lakukan dapat dibuat dengan tepat.

Selain itu, haid yang tidak teratur atau salah pengiraan ketika anda haid boleh menjejaskan keputusan ujian ini. Disebabkan itu, ramai wanita yang mula mengira hari haid anda. Sekiranya anda telah mengira hari haid anda, akan lebih mudah untuk anda mengira sekiranya anda mengalami kelewatan haid.

Baca Arahan

Imej via [diarypreg]

Bagi menjalankan ujian ini, pastikan anda membaca arahan yang terdapat di belakang plastik mahupun kotak pregnancy test. Arahan yang terdapat di pregnancy test berbeza mengikut jenama tersebut. Patikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum melakukan ujian ini. Hal ini bagi memastikan keputusan ujian dapat diperolehi dengan tepat.

Arahan yang terdapat di pregnancy test ini kebiasaannya sangat detail. Antaranya anda dapat melihat tempat untuk memegang pregnancy test serta tempat untuk menitikkan urine anda. Terdapat juga maklumat seperti bilakah masa yang sesuai untuk melakukan ujian ini. Di belakang kotak ini juga ditulis bagaimana cara untuk anda melihat keputusan yang betul pada test kit tersebut.

Lakukan Ujian Pada Waktu Pagi

Imej via [momstobe]

Ramai yang menyatakan ujian ini harus dilakukan pada waktu pagi kerana urine akan lebih pekat pada waktu ini. Disebabkan itu, anda digalakkan untuk menggunakan sampel urine yang pertama setelah bangun pada waktu pagi. Bagi mereka yang ingin melakukan test ini juga tidak digalakkan untuk membuang air dalam tempoh 4-5 jam

Selain itu, anda juga tidak perlu mengkonsumi air dengan banyak jika ingin melakukan ujian ini. Hal ini kerana, kandungan urine yang cair akan menyebabkan test tidak tepat dan sukar untuk mengukur hormone yang terdapat di dalam badan anda. Ramai doktor yang menggalakkan ujian ini dilakukan pada waktu pagi kerana kandungan hormone yang tinggi pada waktu ini.

Tunggu Seketika

Setelah anda mencelupkan atau menitiskan air kencing pada pregnancy test, anda harus menunggu selama beberapa saat sebelum test menunjukkan hasilnya. Masa untuk anda menunggu pregnancy test menunjukkan keputusannya mengikut masa yang tertera di kotak mahupun plastic test pad yang anda beli.

Kebiasaannya, masa yang diambil untuk keputusan dilihat ialah selama lima saat. Ada juga yang memerlukan anda untuk merendam kertas test ke dalam urine sebelum dapat dikeluarkan dan dilihat keputusannya. Tetapi kebanyakan ujian memerlukan selama 5 hingga 10 minit untuk melihat hasil ujiannya.

Keputusan Pregnancy Test

Diingatkan setiap pregnancy test mempunyai keputusan yang berbeza mengikut jenama test pad. Walau bagaimanapun, kebiasaannya keputusan akan menunjukkan tanda 2 baris mahupun 1 baris. Selain itu, terdapat juga test yang menunjukkan symbol positif mahupun negatif, serta kata-kata pregnant mahupun not pregnant bagi mereka yang menggunakan test kit digital.

Sekiranya anda mendapat keputusan yang menunjukkan tiada garis, mahupun garisan samar, ini bermakna terdapatnya kesalahan ketika anda melakukan ujian ini. Hal ini mungkin kerana urine yang tidak cukup mahupun anda tidak mengikut arahan dengan betu. Sekiranya ini berlaku, anda digalakkan untuk melakukan ujian test sekali lagi.

Kesimpulan

Sekiranya dulu, ramai yang melakukan test pregnancy di hospital kerana tiadanya alatan yang sesuai untuk diguankan. Tetapi kini banyak test pregnancy yang dapat anda gunakan bagi mengesahkan sendiri sekiranya anda mengandung ataupun tidak. Ramai yang lebih suka untuk melakukan ujian ini sendiri kerana ianya bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi memberikan keputusan dengan cepat.

Walaupun begitu, diingatkan untuk tetap berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan kehamilan anda kerana ragu keputusan di pregnancy test tidak tepat seperti yang dilakukan di hospital. Bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan test ini serta melalui proses kehamilan, jangan malu untuk bertanya detail mengenai perkara yang anda tidak pasti.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.