Setiap anak yang dilahirkan perlu didaftarkan dalam tempoh 60 hari dilahirkan, atau jika tidak, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 sebagai denda di atas kelewatan pendaftaran. Bagi anda yang pertama kali melahirkan, berikut adalah cara daftar sijil kelahiran anak sebagai panduan anda.
Syarat permohonan sijil kelahiran
Bukan semua orang boleh pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan kelahiran seorang bagi. Berikut adalah beberapa syarat permohonan pendaftaran kelahiran yang wajib dipenuhi:
Ibu atau bapa kanak-kanak tersebut
Penjaga kanak-kanak yang sah
Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
Ibu dan bapa kanak-kanak bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf
Cara memohon sijil kelahiran anak
Selepas anak anda dilahirkan, pihak hospital akan menyediakan dokumen daftar kelahiran. Anda perlu bawa dokumen tersebut semasa ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk melakukan pendaftaran. Walau bagaimana pun, memandangkan kita sedang mengalami pandemic Covid-19, anda tidak boleh pergi sesuka hati tanpa membuat temu janji terlebih dahulu.
Oleh itu, anda perlu membuat temujanji secara online. Apabila anda telah diberikan tarikh dan masa untuk pendaftaran, barulah anda boleh pergi ke sana. Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu hadir sendiri tanpa menghantar wakil ke Jabatan Pendaftaran Negara dan pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan.
Untuk melakukan pendaftaran sijil kelahiran, anda perlu membawa dokumen-dokumen tersebut dalam bentuk sijil asal dan Salinan:
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sijil lahir anak
Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap. Kebiasaannya pihak hospital akan meminta Kerjasama anda untuk mengisi borang JPN.LM01 sebaik sahaja bayi dilahirkan. Setelah semua maklumat diidi, borang tersebut akan dimasukkan ke dalam sampul dengan SEAL rasmi hospital.
Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah yang asal. Anda tidak perlu membuat sebarang salinan.
Kad Pranatal atau Buku Rawatan Mengandung. Anda perlu membawa yang asal dan Salinan.
Kad pengenalan, permit masuk atau pasport ibu dan bapa atau penjaga yang melaporkan kelahiran. Anda perlu membawa dokumen asal dan Salinan.
Sijil lematian ibu atau bapa kanak-kanak jika berkaitan. Anda perlu membawa dokumen asal dan salinan.
Sijil perkahwinan atau perceraian jika berkaitan dalam bentuk dokumen asal dan salinan.
Sekiranya anda membawa semua dokumen yang diperlukan, permohonan anda akan selesai dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyediakan draf sijil kelahiran. Apabila draf sudah tersedia, anda akan diminta untuk membuat semakan. Adalah sangat penting untuk anda memeriksa setiap maklumat yang dimasukkan. Pastikan tiada maklumat yang tidak tepat dan tiada kesalah ejaan yang berlaku.
Sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam draf sijil kelahiran tersebut, maklumkan kepada pegawai berkenaan. Beliau akan melakukan pindaan ke atas kesalahan tadi. Kemudian anda akan diminta untuk membuat semakan sekali lagi sebagai pengesahan sebelum sijil kelahiran dikeluarkan.
Apabila sijil kelahiran sudah siap, pastikan anda menyemak semua maklumat dan pastikan ianya adalah betul. Anda akan diberikan sijil kelahiran anak berserta sekeping surat pengesahan penerimaan surat beranak dan tarikh janji temu untuk mengambil Mykid. Pastikan anda simpan kesemua dokumen tersebut dengan baik kerana ianya diperlukan semasa anda dating untuk mengambil Mykid nanti.
Cara permohonan pendaftaran kelahiran secara online
Pada musim pandemic Covid-19 ini, kesemua pejabat kerajaan menggalakkan orang ramai berurusan secara online. Untuk mendaftar sijil lahir anak secara online, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
Kemudian anda klik pada butang Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian. Selepas anda klik butang tersebut, anda akan dibawa ke laman web https://osldftrhr.jpn.gov.my
Langkah seterusnya ialah anda perlu mendaftar di Portal MyGovernment bagi membolehkan anda log masuk ke dalam sistem. Untuk mendaftar, anda perlu klik pada butang Daftar Pengguna Baru. Sekiranya anda sudah pernah mendaftar, tidak perlu mendaftar sekali lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah terus klik pada butang Log Masuk.
Setelah anda klik pada butang Daftar Pengguna Baru, laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan. Anda perlu isi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda mengisi maklumat dengan tepat. Masukkan juga alamat emel yang masih aktif kerana anda akan mendapat notifikasi pengaktifan akaun akan dihantar ke alamat emel yang anda berikan.
Setelah pendaftaran anda selesai, anda akan menerima emel dari [email protected]. Buka emel tersebut dan klik pada butang yang tertera untuk mengaktifkan akaun tersebut.
Sebaik sahaja anda klik pada butang pengesahan, anda akan dibawa ke halaman utama web di mana anda akan diminta untuk mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
Apabila pengaktifan kata laluan anda berjaya, anda akan mendapat notifikasi sekali lagi. Klik pada Seterusnya untuk log masuk kali pertama. Sebagai pengguna baru sistem, anda akan diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan sebentar tadi.
Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke laman utama sistem.
Sebaik sahaja berjaya masuk, masukkan semua maklumat yang diperlukan berserta dokumen sokongan yang diminta. Tekan Hantar. Pendaftaran anda berjaya.
Kini anda perlu menunggu jawapan dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk mengambil Sijil Kelahiran anak anda.
Itulah dia info tentang cara daftar sijil kelahiran anak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.