Bagaimanakah cara bersihkan siput sedut sehingga bersihkan, tidak hanyir dan berlendir ketika dimasak?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara bersihkan siput sedut dengan berkesan mengikut petua orang lama.
Apa itu siput sedut?
Siput sedut juga dikenali sebagai siput belitung. Ciri yang membezakan siput ini dengan jenis siput yang lain adalah pada mata merahnya.
Ciri khusus lainnya adalah bersaiz 2-5 cm panjang dengan kerang atau kulit keras berbentuk ‘spiral’ yang tajam dibahagian hujungnya.
Siput sedut ini merupakan jenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar teruatamnya pasar tani.
Ia banyak ditemukan pantai barat semenanjung Malaysia seperti pantai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan beberapa negeri di Perak (kawasan pantai).
Pokok bakau minyak, kurap dan api-api adalah tanaman yang memainkan peranan penting untuk habitat siput tersebut.
Petua cara bersihkan siput sedut yang betul
Berikut kami kongsikan beberapa cara bersihkan siput sedut sehingga bersih sebelum dimasak:
Bersihkan terlebih dahulu lumpur pada badan siput sedut dengan air berulang kali sambil digosok.
Kemudian, isikan air paip ke dalam besen dengan ukuran sehingga terendam siput tersebut.
Campurkan serbuk kunyit 2 – 3 sudu ke dalam besen.
Gaulkan rata dan biarkan dalam 15 – 20 minit.
Selepas itu, bolehlah mula siang siput. Anda boleh potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung.
Bila siput sedut sehingga bersih.
Didihkan air panas. Celurkan siput buat seketika, angkat dan toskan airnya.
Siput sedut anda bersih dan sedia untuk dimasak!
Resepi masak lemak siput sedut
Bahan-bahannya:
700g siput belitung
4 cawan santan sederhana cair / 2 kotak kecil santan + air
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1-2 ketul kunyit hidup
1 batang serai
1/2 inci halia
8-10 tangkai cili padi
1 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam secukup rasa
Serbuk seasoning, jika suka
Cara penyediaan:
Potong kasar cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia (pilihan), kunyit hidup (kalau tak ada boleh ganti dengan kunyit sebuk).
Masukkan bahan potong kasar dan air separuh tenggelam. Kemudian kisar halus.
Serai, titik atau tumbuk serai.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak sampai naik wap panas (tapi belum mendidih).
Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.
Untuk masakkan lebih berlemak, boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung).
Masukkan asam keping, serai dan koyak masuk daun kunyit. Kerap kacau sampai mendidih.
Masukkan siput sedut dan kacau anggaran 5 minit atau sampai mendidih (naik gelegak sekali ja), tak perlu masak lama sebab siput dah celur tadi.
Tambah santan, serbuk seasoning dan garam mengikut selera masing-masing.
Bila dah mendidih sekali boleh tutup api dan hidang.
Selepas masak biarkan siput terendam anggaran 1/2 jam barulah makan barulah kuah bergaul sebati dengan siput.
Selain dari cara bersihkan siput sedut ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang seperti:
Buang Lumpur Bersihkan Siput, Kena Celur Sekejap Dalam Air Panas! Mingguan Wanita
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.