Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana cara belajar Bahasa Inggeris sendiri tanpa sebarang kelas berbayar atau guru profesional yang membantu.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 cara untuk belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan tentunya percuma.
Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan bangsa dan etnik yang mempunyai bahasa ibunda masing-masing. Setiap dari kita bersatu dengan menjadikan bahasa perantara utama iaitu Bahasa Melayu.
Namun perlu kita ambil cakna juga bahawa bahasa komunikasi utama di dunia ini adalah Bahasa Inggeris. Keperluan mempelajari asas bahasa ini sudah ditekankan sejak di bangku sekolah lagi.
Senario yang berlaku hari ini, di dunia pekerjaan kemahiran Bahasa Inggeris menjadi keutamaan banyak syarikat. Bukan sahaja syarikat besar bertaraf antarabangsa, malah syarikat-syarikat tempatan juga.
Demi masa depan yang lebih cerah serta menghadapi persaingan hidup yang makin sengit, anak-anak perlu dibekalkan dengan penguasaan empat hala iaitu, pertuturan, pembacaan, pendengaran, dan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang cemerlang.
Tidaklah sukar sebenanya untuk belajar Bahasa Inggeris sungguhpun tiada bantuan dari guru. Berikut ini kami kongsikan cara belajar Bahasa Inggeris sendiri untuk anda praktikkan di rumah atau dimana-mana sahaja.
Cakaplah Bahasa Inggeris sungguhpun ianya kedengaran teruk. Bercakap adalah cara yang paling semula jadi untuk kita mempelajari tatabahasa dan frasa yang tepat.
Abaikan sahaja jika banyak tatabahasa atau ayat yang tidak betul. Jika tidak rajin berlatih mana mungkin kita boleh kesan kesalahannya. Belajar dari kesalahan yang dibuat, lama kelamaan kita pasti akan terbiasa untuk bertutur menggunakan bahasa ini.
Salah satu cara belajar Bahasa Inggeris sendiri yang lain adalah dari mendengar lagu dan membaca lirik lagu.
Boleh gunakan medium atau aplikasi mudah seperti Youtube, Spotify, radio dan banyak lagi. Dikatakan cara ini boleh menambah lagi vocabulary Bahasa Inggeris kita dengan sangat cepat dalam masa 1 hingga 3 bulan sahaja.
Hari ini tidak sukar untuk mencari kenalan yang mahir dalam bertutur pelbagai bahasa. Setiap hari kita dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan, dan kenalan kerja yang tentunya ada yang pandai berbahasa Inggeris.
Cuba untuk bergaul dengan mereka dan beritahu yang kita mahu belajar Bahasa Inggeris dengan berborak atau sebagainya.
Kebiasaan seperti ini akan menambah keyakinan dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk menguasai Bahasa Inggeris denga cepat kerana kita tidak ada pilihan lain untuk berkomunikasi dengan mereka selain dalam bahasa tersebut.
Orang dewasa yang masih terbelit-belit lidah untuk menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris boleh bermain dengan Tongue Twisters.
Permainan ini memerlukan kita untuk menyebut perkataan-perkataan yang hampir sama sebutannya tetapi berbeza maknanya.
Jangan risau sekiranya anda mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan satu ayat dalam Tongue Twisters kerana itulah tujuan sebenar permainan ini untuk melancarkan sebutan yang anda lontarkan ketika bercakap.
Banyak cara latihan dalam bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang boleh kita pelajari di internet.
Selain menggunakan platform sosial media, kita juga boleh ambil bahagian dalam platform yang lain seperti forum-forum filem, Twitter, Reddit, dan pelbagai lagi perbincangan yang berlaku di alam maya.
Mengapa dalam banyak-banyak bahan bacaan, buku kanak-kanak juga yang dicadangkan untuk mereka yang baru untuk mempelajari Bahasa Inggeris?
Hal ini kerana buku kanak-kanak mempunyai kata-kata yang lebih mudah dan merupakan alternatif yang baik untuk pembaca yang dinilai.
Siapa kata belajar Bahasa Inggeris ini stress? Bagi anda yang gemar menonton filem atau drama luar negara di Netflix atau mana-mana platform streaming yang lain, anda sebenarnya boleh belajar Bahasa Inggeris dengan mudah.
Caranya adalah dengan tonton filem English dan buka sarikata dalam Bahasa Inggeris juga. Dengan cara ini, kita boleh membaca sarikata tersebut sambil mempelajari kosa kata atau vocabulary baru untuk memahirkan diri dengan bahasa tersebut.
Bahasa Inggeris sangat kaya dengan kosa kata. Hal inilah juga yang menjadi punca ramai orang keliru untuk menggunakannya dalam penulisan atau pertuturan.
Apa kata bawa sahaja kamus ke mana sahaja kita berada. Tidak kira kamus fizikal atau aplikasi di telefon, kedua-duanya boleh kita gunakan semasa ada masa terluang ketika duduk menunggu LRT, atau waktu bersantai dengan secawan kopi.
Luangkan sedikit masa untuk belajar 20 hingga 30 perkataan Bahasa Inggeris yang baru setiap hari.
Jika anda memang sangat lemah dalam Bahasa Inggeris, boleh cuba untuk menggunakan buku belajar grammar Bahasa Inggeris yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Banyak terdapat di kedai-kedai buku untuk anda cuba dan fahamkan dengan mudah.
Kesemua cara belajar Bahasa Inggeris sendiri ini tidak akan berhasil jika dalam diri kita sendiri tidak mempunyai kesungguhan, keyakinan, dan keberanian untuk belajar.
Tanamkan dalam diri bahawa setiap usaha yang kita lakukan ke arah untuk memajukan diri dalam mempelajari Bahasa Inggeris mempunyai hasilnya yang tersendiri.
Elakkan juga membanding-bandingkan tahap penguasaan kita dengan orang lain kerana lama kelamaan, ia akan mengaburi keupayaan dan pencapaian kita yang sebenar.
Belajar sesuatu yang baru itu adalah proses yang berbeza bagi setiap orang. Justeru itu banyakkan bersabar dan terus berusaha tanpa kenal putus asa.
Selain dari tips mengenai cara belajar Bahasa Inggeris sendiri ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan pembelajaran seperti:
Rujukan: