Susu tidak dinafikan mempunyai khasiat yang positif untuk tubuh badan kita khususnya kanak-kanak. Bagi yang selalu membeli susu, anda pasti tidak asing lagi dengan kepelbagaian jenis susu yang ada di rak pasar raya. Apakah beza susu low fat dan full cream?

Artikel pada kali ini, kita akan membahas lebih lanjut mengenai beza susu low fat dan full cream dan kaitannya dengan yang kesihatan diri.

Apa itu susu low fat?

Susu low fat atau susu rendah lemak mengandungi kurang lemak iaitu dalam 1.3% hingga 1.4% sahaja. Jenis susu ini sesuai diminum untuk sesetengah ibu hamil, digunakan dalam masakan dan sebagainya.

Apa itu susu full cream?

Susu full cream atau susu penuh krim pula mengandungi peratusan lemak yangg paling banyak iaitu 3.8%. Oleh kerana kandungan lemaknya yang tinggi, inilah yang menyebabkan susu tersebut memiliki rasa lazat dan berkrim berbanding susu lain.

Susu jenis ini banyak digunakan dalam pembuatan kopi khususnya mereka yang mahu mendapatkan tektur kopi ala barista yang sedap, dan ber-style.

Apakah beza susu low fat dan full cream?

Secara umumnya, dari segi penampilan, rupa, dan tekstur, kita mungkin agak sukar untuk membuat perbezaan antara susu low fat dan full cream.

Namun yang demikian, secara teori, fakta dan kandungannya, memang terdapat beza susu low fat dan full cream. Berikut adalah perbezaannya yang boleh anda jadikan panduan sebelum membuat pembelian.

1. Proses penghasilan susu

Susu rendah lemak perlu menjalani satu proses untuk membuang lapisan lemak dan krim pada susu iaitu dipanggil sebagai “centrifugation”. Hal ini jelas, kerana susu rendah lemak ini hanya mengandungi satu peratus jumlah lemak di dalam susu.

Bagi susu penuh krim pula ia tidak melalui proses pengasingan lemak yang rapi kerana memang susu ini dijadikan jenis yang penuh berlemak sesuai seperti namanya.

Namun demikian, susu penuh krim menjalani proses “fortified”, dimana nutrisi akan ditambahkan bagi menggantikan nutrisi yang telah pun hilang akibat proses pemanasan susu.

2. Kandungan nutrisi dalam susu

Komposisi nutrisi setiap 100mlSusu full creamSusu low fatSusu tepung skim
Energy, kJ266198147
Protein, g3.43.73.5
Jumlah lemak, g3.4`1.30.1
Lemak tepu, g2.30.850.
Karbohidrat, g4.85.314.9
Gula, g4.85.34.9
Kalsium, mg128120132

Kandungan nutrisi pada susu rendah lemak akan lebih rendah berbanding susu penuh krim oleh kerana proses yang berlaku untuk menghasilkannya.

Banyak proses yang terlibat dalam pembuatan susu rendah lemak sehingga menyebabkan ia kehilangan lebih banyak nutrisi. Dalam kata lain, semakin lama proses pembuatan susu, maka semakin rendah kandungan nutrisi yang tinggal di dalamnya.

3. Jenis kegunaan dalam masakan

Susu full cream amat sesuai dalam pembuatan kek dan memekatkan sos berkrim. Tambahkan sedikit ia ke dalam sup dan risotto, tektur berkrim akan memberi rasa yang luar biasa padanya.

Susu rendah lemak ini pula secara umumnya sesuai digunakan pada semua jenis masakan. Ia mungkin tidak mempunyai rasa berlemak dan berkrim yang memuncak tetapi bagi yang gemarkan tekstur sebegitu pasti ianya sesuai untuk anda.

Tambahan lagi, kombinasi cereal sarapan pagi dan susu ini memang membangkitkan selera.

Pilihan susu yang terbaik untuk diet dan kesihatan

Ada orang berdiet dengan mengambil susu low fat dalam pemakanan kerana kandungan lemak yang rendah. Sebenarnya konsep pemikiran seperti itu tidak tepat sama sekali.

Cuba anda perhatikan, beza susu low fat dan full cream juga ada pada kandungan gulanya. Gula pada susu low fat sebenarnya lebih tinggi berbanding full cream.

Dalam tubuh badan manusia sendiri, badan perlu menjalani proses lipolysis untuk memecahkan lemak, justeru itu selagi ada pengambilan gula yang tinggi maka insulin akan tinggi juga.

Insulin yang tinggi akan menghalangi proses lipolisis. Minum susu low fat, tidak akan sesekali memecahkan lemak kita kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Memilih untuk mengambil susu full cream adalah lebih baik. Hanya sahaja ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

Diharapkan perkongsian kami mengenai beza susu low fat dan full cream tadi dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Selain dari info mengenai jenis susu ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Full Cream vs Low Fat. Dr Yazeed Hair Johari
  2. Regular, Full Cream Milk Has Less Sugar Than Reduced Fat or Skim Milk. Heas Health
  3. What’s The Difference Between Full-Cream, Low-Fat and Skim Milk? My Food Book
  4. Is Whole Milk Better Than Low Fat and Skim Milk? Healthline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.