Remaja memang ciptaan yang sukar difahami. Namun memahami mereka – fikiran, tindakan, perilaku, perangai, adalah kemahiran yang ibubapa/ guru perlu ada supaya kita tak membiarkan mereka tenggelam dalam masalah dan kekeliruan mereka sendiri.
Isu remaja mengandung di usia 11 tahun, remaja lelaki mengedar dadah diusia seawal 13 tahun dan macam-macam lagi kisah pelik remaja membuatkan kewajipan memahami remaja lebih signifikan.
Kita nak berbincang, tapi diorang respon suam-suam kukuk – ‘hurm’, ‘ok’, ‘tak ada apa..’
kebanyakkannya krik..krik sahaja…
Cuba 11 tips ini
Mulakan dengan cerita yang neutral – apa yang dia minat, topik-topik umum dan sebagainya. Sampai dia selesa.
Elakkan mulakan perbincangan dengan kita sudah awal-awal jatuhkan hukuman. “ayah nampak awak selalu balik lewat, pergi buat apa malam-malam?”
MCQ atau Multiple Choice Question. “Awak marah atau suka sebenarnya?, yang mana satu?”
“abi rasa awak nampak macam tertekan sebab banyak kerja sejak nak dekat periksa PT# ni, betul ke macam tu?”
“teruk macam mana awak rasa kat sekolah? kalau Papa bagi scale 1-10, 10 tu paling teruk awak tak nak langsung pergi sekolah, 1 tu awak happy, awak rasa tahap awak ni macam mana?”
Jangan tanya sambil tengok smart phone, duduk, tengok muka, display body language yang appropriate.
“Ummi tahu awak susah nak cakap sekarang, tak apa ummi beri masa, tapi ummi nak sangat tahu apa yang awak rasa, ummi biar awak fikir dulu, tapi janji dengan ummi, sebelum hujung minggu kita kena berbual balik pasal ini, boleh?”
Supaya tidak kekok bila mereka dah dewasa nanti.
Kadang-kadang ada isu yang face-to-face susah nak tackle. Invite discussion guna medium lain – chating, wassap/telegram, email atau guna old school style – minta anak tulis dan beri kita baca.
Cuba mulakan dengan fokus kepada orang lain. “ada anak kawan mama dia selalu marah-marah sebab dia sebenarnya tertekan dengan ibubapa dia, mama pun selalu dengar yang remaja ni boleh memberontak sebab tertekan dengan ibubapa, awak pula macam mana? awak ada rasa macam tu?”
Ibubapa kena selalu doa agar Allah tidak wujudkan dinding diantara kita dan anak kita dan mereka sentiasa mengasihi kita keranaNya.
Memang susah nak dapat apa-apa dari remaja ni. Perlu cuba berkali-kali sehingga mereka bina keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Jadi kuncinya, usaha dan terus usaha. Jangan pasrah.