Dunia hari ini boleh dikatakan kesemuanya memerlukan kita untuk menguasai bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris. Justeru itu tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk belajar English speaking sejak kecil lagi agar mereka tidak ketinggalan ketika di bangku sekolah nanti.

Namun tidak dinafikan bagi mereka yang lahir dengan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, tentunya untuk menguasai bahasa ini dalam berkomunikasi ada cabarannya yang tersendiri.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk mahir belajar English Speaking.

1. Mengikuti kursus belajar English speaking

Belajar english Speaking

Cara yang paling mudah tetapi memerlukan kita mengeluarkan sedikit modal adalah dengan mengikuti mana-mana kursus Bahasa Inggeris yang ada menyediakan kelas belajar English speaking.

Biasanya kursus seperti ini menyediakan anda pilihan untuk mengikutinya secara bersemuka dalam kelas atau secara dalam talian atau kedua-duanya sekali.

Yuran yang dikenakan pula adalah bergantung kepada tempoh kursus per jam yang kita mahukan.

2. Membaca dengan suara yang kuat

Selain itu, cara yang lebih unik tetapi ramai tidak tahu sangat membantu dalam belajar English speaking adalah mengamalkan cara membaca dengan nada yang kuat.

Mulakan dengan membaca bahan bacaan yang ringkas dan pendek, memakai kosa kata dasar, dan menggunakan kalimat yang sederhana seperti buku kanak-kanak, novel kanak-kanak, buku cerita pendek, atau sebagainya.

Kelebihan membaca buku dengan suara yang kuat akan membuatkan kita terbiasa dengan untuk berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris.

Lama kelamaan, sebutan perkataan Bahasa Inggeris kita akan semakin jelas dan loghat akan lebih kedengaran seperti seorang native speakers.

3. Gunakan aplikasi Bahasa Inggeris

Belajar english Speaking

Terdapat banyak aplikasi belajar Bahasa Inggeris secara percuma yang boleh kita muat turun dari telefon pintar masing-masing.

Antara aplikasi yang dimaksudkan ini adalah seperti Lingbe, Busuu, Memrise, Mango Languanges, Duolingo, Hello English, Talk, dan sebagainya.

Anda hanya perlu ke Google Play Store (Android) atau Apps Store (iOS) dan masukkan keyword “English” di ruangan search untuk dapatkan pelbagai lagi aplikasi pilihan yang terbaik bagi membantu memudahkan pembelajaran walau di mana pun anda berada.

4. Cari kawan untuk berlatih

Belajar english Speaking

Satu masalah yang selalu berlaku kepada mereka yang mahu belajar Bahasa Inggeris adalah tidak kerap untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Kita malu untuk bercakap di hadapan orang lain dan sering berasa rendah diri untuk menyampaikan apa yang kita mampu dalam bahasa tersebut.

Dalam hal ini, amat penting untuk kita mencari seseorang yang benar-benar mempunyai minat yang sama atau mampu untuk menjadi “English Buddy” agar kita boleh mempraktikkan bahasa tersebut dengan baik dan fasih.

5. Jangan terlalu mementingkan grammar

Sikap kita yang terlalu mementingkan grammar kadang kala boleh menyebabkan kita sendiri takut untuk melakukan kesalahan dalam berkomunikasi.

Dengan alasan, “takut salah” atau “malu bila salah”. Daripada kita sibuk untuk membetulkan grammar adalah lebih baik kita betulkan cara sebutan terlebih dahulu.

6. Konsisten dan terus berlatih

Belajar English speaking sememangnya memerlukan tempoh masa tertentu untuk kita benar-benar menguasainya. Dalam erti kata lain, kita memang tidak boleh lari dari berlatih dan mempraktikkannya.

Jika mahu pandai speaking English, anda wajib berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris juga.

Cubalah untuk setkan masa di mana anda hanya boleh bercakap dalam English sahaja. Mula-mula mulakan selama sejam, kemudian tambahkan lagi sehingga anda semakin mahir bercakap dalam English.

Lama kelamaan, kefasihan dan keyakinan anda akan bersatu untuk mendapatkan kelancaran dalam berbahasa English.

Kesimpulannya, menguasai Bahasa Inggeris penting sebagai keperluan untuk kita mengembangkan kerjaya, membuat persediaan untuk pengajian atau meningkatkan interaksi sosial diri.

Selain dari belajar English speaking ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan bahasa seperti:

Sumber:

  1. How to Speak English Fluently: 27 Simple Tips for Reaching Your Language Goals. FluentU
  2. How to Speak English Better In 10 Easy Steps. EF
  3. Cara Mudah Lancar Speaking Bahasa Ingris Dalam 1 Bulan. English Vit

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.