Penggunaan English Grammar amatlah penting bagi memastikan kita dapat menguasai dan memahami bahasa tersebut dengan lebih baik. Grammar juga membolehkan kita untuk menghasilkan ayat dan penulisan yang betul dan berkomunikasi dengan lebih efektif.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips bagaimana untuk mahir belajar English Grammar.

1. Kuasai asas tatabahasa Inggeris

Untuk menguasai tatabahasa Inggeris ianya tidaklah begitu sukar pada mulanya. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengingati beberapa struktur ayat, dan belajar beberapa peraturan ringkas yang ditetapkan.

a) Ingat S+V+O

Susunan kata dalam pembentukan kalimat berfungsi untuk memberikan keunikan tersendiri dari tiap-tiap bahasa. Pada susunan kalimat bahasa Inggeris umumnya menggunakan urutan SVO.

Atau dalam kata lain, subject + verb + object (SVO) yang pada akhirnya memiliki erti ayat untuk digunakan.

Belajar English Grammar

Gunakan active voice sebagai asas membina ayat. Ingat S + V + O iaitu:

  • S – subject (siapa)
  • V – verb (buat apa)
  • O – object (penerima)

Contohnya: Mary (S) walked (V) the dog (O).

b) Gunakan simple present tense

Simple present tense biasanya digunakan untuk tiga perkara iaitu untuk:

  • Menerangkan perkara-perkara yang kekal dan tidak berubah.
  • Menerangkan kekerapan berlakunya sesuatu perkara.
  • Memperkatakan tentang acara-acara yang dijadualkan.
Belajar English Grammar

Gunakan simple present tense untuk perkara yang berlaku berulang (habitat actions). Disebut “simple” kerana ia hanya berkaitan “verb” (buat apa) sahaja.

Contohnya: Mary likes (seorang) dogs.

Mary and Karen like (ramai) dogs.

c) Gunakan present progressive tense

Nama lain bagi present progressive tense adalah present continuous tense yang biasa digunakan untuk menyatakan kegiatan atau aksi yang berlangsung dalam kurun waktu yang tertentu di masa sekarang (present).

Belajar English Grammar

Gunakan present progressive tense untuk perkara-perkara yang sedang berlaku sekarang. Paling asas, lihat “-ing” pada ayat.

Contohnya: Mary is playing (-ing) with her dog.

d) Tambah “ed” pada verbs untuk past tense

Past tense pula adalah kegiatan atau aksi yang terjadi di masa lampau dan telah selesai pada waktu tertentu di masa lampau.

Keempat – tambah “ed” kepada verbs untuk “past tense” atau perkara yang telah berlaku.

Contohnya: Mary played (ed) with her dog.

Adakalanya, tidak boleh menggunakan “ed” sahaja. Contohnya perkataan drink jadi drank, bukannya drinked.

e) Singular (satu) / plural (banyak)

Singular dan plural dipakai pada kata benda untuk menunjukkan jumlahnya. Singular ditujukan kepada benda yang tunggal atau satu manakala plural lebih daripada satu.

Belajar English Grammar

Singular (satu) / plurak (banyak). Di sini peraturannya agak “tricky”. Peraturan asas ialah tambah “s”. Car (singular), cars (plural). Satu lagi pastikan verbs (V) sesuai dengan object (O).

Contohnya: The dog growls (singular).

The dogs growl (plural)

2. Sediakan kamus

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kamus adalah bahan yang sangat penting untuk menemani perjalanan kita dalam mahir belajar English Grammar.

Kamus ini boleh didapati secara offline mahupun online menerusi telefon pintar kita sahaja. Gunakan kamus ini untuk kita mencari kosa kata baru atau kosa kata asing yang kurang difahami untuk mempelajarinya.

3. Perbanyakkan membaca bahan dari Bahasa Inggeris

Lambakkan bahan bacaan dari Bahasa Inggeris hari ini sememangnya tidak mendatangkan masalah bagi sesiapa sahaja untuk membacanya.

Membaca akan menambah pengetahuan baru dalam diri kita dan seterusnya meluaskan lagi kosa kata dalam Bahasa Inggeris.

4. Menggunakan kecanggihan teknologi

Kecanggihan arus teknologi masa kini meletakkan dunia tanpa sempadan dan memberikan kemudahan yang meluas untuk kita belajar tentang sesuatu perkara. Contohnya dalam mahir belajar English Grammar ini.

Kita boleh belajar dari internet, aplikasi mudah alih, muzim, filem, lagu, podcast, YouTube, dan bermacam-macam lagi medium yang ada secara percuma.

5. Komunikasi dengan kawan yang pandai Bahasa Inggeris

Selain membaca untuk mahir belajar English Grammar, kita juga perlu banyakkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mulakan dengan sesuatu yang mudah seperti “Good Morning!”“Hello!”, atau “How are you?”.

Praktikkan dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawan yang mahir dan menguasai bahasa tersebut.

6. Sentiasa berfikiran positif

Akhir sekali, sentiasalah berfikiran positif dalam apa jua usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu perkara.

Jangan pernah berputus asa dan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif di belakang kita. Sebaliknya terus fokus, positif, dan terus belajar untuk mencapai kejayaan yang kita ingini.

Selain dari belajar English Grammar ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan bahasa seperti:

Sumber:

  1. Practical Tips for Learning & Improving English Grammar. Medium
  2. Tips Mudah Belajar Grammar, Cara Asik & Cepat Belajar Bahasa Inggris. Excellent
  3. Tips Belajar Kuasai Grammar Bahasa Inggris dengan Mudah. Quipper

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.