Adakah sesiapa yang sudah cuba makan ayam goreng lada. Bukan ayam goreng berlada ya. Resepi kali ini memperkenalkan kepada anda ayam goreng lada, dimana bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah lada hitam sebanyak satu sudu besar, puas lah makan.
Ayam goreng lada menghadirkan rasa yang menarik iaitu pedas-pedas lemak. Disini lada hitam digunakan sebagai bahan perapan untuk menggoreng ayam. Namun begitu, pemakaian lada yang banyak semestinya mempengaruhi rasa ayam berbanding perapan biasa. Sesiapa yang tertanya-tanya itu, marilah cuba resepi ini sekarang juga. Resepi dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.
Lauk ini paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas lagi keluar merecik aroma perapan lada tadi. Boleh juga ditambahkan cili padi dan cili besar untuk makin pedas merecik. Selamat mencuba.
Selain ayam goreng lada, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.