Hmmm.. nak masak apa yang hujung minggu ini. Rasa-rasa macam nak masak special sikit kan. Mesti anak-anak suka. Tapi tak nak lah menu yang renyah sangat kan? Apa kata jom masakkan Ayam Bakar Masam Manis.

Bahan dan caranya pun mudah sahaja. Lagi mudah kalau ada pembantu-pembantu dapur seperti periuk tekanan (pressure cooker) ataupun oven. Tapi jangan risau, kalau tak ada pun, boleh jer masakkan Ayam Bakar Masam Manis secara manual. Yang penting masak.

Resepi ini dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di laman muka buku. Apa lagi jom tengok resepi beliau.

Ayam Bakar Masam Manis

Bahan-bahannya:

  • 3 – 4 sudu besar bawang putih dan bawang merah kisar
  • 1 sudu besar 5 spice powder
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar Sunquick
  • 3 sudu besar kicap manis/ masin
  • 2 batang serai dititik
  • 2 – 3 sudu besar gula perang
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam jika perlu

Cara-cara penyediaannya:

  1. Gaul semua bahan hingga sebati dan rasa terlebih dahulu apa yang kurang.
  2. Serai dimasukkan di dalam perut ayam. Bahan lain di sapu ke seluruh badan ayam. Perap paling kurang 30 minit. Paling lama 1 hari.
  3. Untuk masak boleh guna periuk tekanan, tak kisah set high pressure atau low pressure. Step akhir, keluarkan sikit air perapan dan tekan stir fry.
  4. Jika tak ada periuk tekanan, boleh guna kuali atau periuk untuk bakar ayam. Pastikan bakar ayam di atas jaring dan tutup bagi memudahkan proses masak sekata dan angkat ayam nanti. Pilihan lain, bakar dalam oven.
  5. Baki air perapan ayam ditambah sesudu dua tepung gandum dan sedikit air. Masak atas dapur sehingga kuahnya pekat.
  6. Ayam yang sudah siap dibakar di curah sos perapan dihidang bersama sayur kegemaran masing masing.

Mudahkan? Bolehlah dihidang kan versi melayu ataupun western. Kalau versi melayu, hidanglah bersama-sama nasi putih panas dan pencicah. Kalau versi western, hidangkanlah bersama-sama kentang goreng, mash potatoes atau coleslaw. Terpulang pada plan anda untuk variasikannya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.