Antibiotik itu perlu atau tidak diberi jika anak demam? Sudah menjadi kebiasaan atau norma hidup para ibu bapa yang si kecil seringkali demam. Lebih merisaukan apabila si kecil juga mengalami masalah kesihatan lain seperti tonsil.

Biarpun tonsil boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, akan tetapi ia merupakan jangkitan umum pada zaman kanak-kanak. Seperti biasa, si ibu dan si bapa mesti terfikir yang antibiotik adalah penyembuh kepada segala jenis demam.

Mungkin ada di antara ibu bapa yang kurang puas hati jika antibiotik tidak diberi oleh doktor, lalu mula menyalahkan doktor tersebut, di atas kebimbangan demam anak yang tidak kebah-kebah. Sebenarnya, demam boleh merujuk kepada bermacam-macam masalah kesihatan lain yang juga serius, yang tidak semestinya memerlukan antibiotik.

Jadi, di sini ada sedikit kupasan dari laman Facebook seorang pakar ENT, iaitu Dr. Ezairy M.Sallih, dikongsi untuk perhatian para ibu bapa di luar sana. Menurut beliau, pembengkakan atau benjolan pada leher boleh berlaku sekiranya terdapat jangkitan pada tekak dan tonsil. Apabila tiada lagi jangkitan, maka kelenjar yang membengkak akan turut susut. Antibiotik hanya perlu untuk keadaan tertentu.

Adakah Antibiotik Perlu Jika Demam?

Mempunyai anak yang ada masalah tonsil bukanlah sebab untuk kita rasa anak kita ini tak sihat. Setiap kali demam mesti ingat mereka perlukan antibiotik. Penyebab utama masalah jangkitan pada tekak ialah jangkitan virus. Ia tidak perlukan antibiotik.

Apakah Rawatan Jika Antibiotik Tidak Perlu?

Pastikan cukup rehat, dapat hidrasi yang sempurna, ubat kumur dan tahan sakit mengikut nasihat doktor sudah cukup. Jika ada tanda jangkitan oleh bakteria, baru doktor akan beri ubat antibiotik.

Tipikal masyarakat kita, apabila doktor tidak beri antibiotik, sakit anak tak akan sembuh. Salah itu.

Bilakah Antibiotik Perlu Diberi?

antibiotik
Imej via Akesi

Tanda-tanda anak kita mungkin perlu kepada ubat antibiotik ialah:

1. Demam melebih 38 darjah celsius. Biasa melebihi tiga hari.
2. Ada tompok putih pada tonsil ‘exudate’.
3. Disertai pembengkakan pada leher dan sakit apabila ditekan.

Kesemua ini perlukan pemeriksaan doktor.

Jom, kita tukar paradigma masyarakat kita!

*Sudah tidak keliru bukan? Silalah share supaya ramai para ibu bapa turut tahu ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.