Ada satu mesej yang sangat menyentuh hati saya. Saya ingin kongsikan di sini kerana ada ‘mutiara’ penting yang tersimpan di sebaliknya.

Dalam mesejnya, seorang kakak bercerita tentang anak gadisnya. Katanya, anaknya itu bukan pelajar pintar terutama dalam matematik dan subjek Sains tapi dia seorang yang rajin dan berusaha utk setaraf dengan rakan sekelas. Malangnya tiap kali berjumpa ibunya, dia mengadu dan menangis tidak mampu score A utk subjek matematik dan sains.

keputusan cemerlang

mysumber.com

Saya dapat membaca kerisauan kakak tersebut. Tapi kata-katanya selepas itu benar-benar menyentuh hati saya:

“Dia anak yg baik inshaAllah, solat tanpa disuruh, membaca al Quran, tutup aurat sejak cukup umur, tidak mempunyai boyfriend dan setiap malam menelefon memohon ampun maaf dari saya emaknya.”

Allahuakbar.’Masih ada anak sebaik ini di zaman ini’ sebak saya membacanya. Hati ini bagai meronta-ronta ingin mengatakan kepada kakak tersebut yang beliau sebenarnya bertuah mempunyai anak sepertinya.

Bertuah sangat-sangat. Di saat remaja lain sibuk dengan kPop dan ingin ‘bercouple’, anaknya sibuk dengan cita-citanya ingin menjadi pakar mata. Yang solatnya tidak perlu disuruh. Quran pula selalu dibaca.

Ingin saja saya jumpa anaknya. Ingin sungguh saya katakan kepadanya:

“It’s ok. Tak pe tak score A dalam Sains dan Matematik. If you have done the best in your effort, let Allah decide on the results. Our part is only to give the best effort. Just keep it up”

“You are a very good daughter masha Allah. I wish my daughter is as good as you are when she grew up”

Betul tuan-puan, itulah yang meronta-ronta dalam hati saya. Sebab saya pernah jadi pelajar yang score A dalam matematik dan sains malah dalam semua subjek, tapi sebenarnya dalaman saya sangat lemah. Agama hanya ala kadar.. Solat pun rasa terpaksa.

Malah hidup di luar negara waktu itu sangat mudah untuk ‘miss’ solat dengan berbagai alasan. Hidup saya sebagai seorang mahasiswa sangat kosong dan tertekan. Bukan sebab susahnya belajar, tapi sebab kosongnya jiwa saya. Bila ada masalah, saya bertambah tertekan sebab perlu cari ice cream, tengok movie, pergi ke shopping mall, cari kawan.

Sebab Allah tiada dalam hati saya.

Allahurabbi. Saya syukur Tuhan beri saya hidayah untuk pulang ke pangkal jalan. MencariNya, melihat cintaNya dengan mata hati dan mengisi semula hati yang kosong itu dengan rindu dan cinta kepadaNya. Saya masih belajar, masih mendaki tangga-tangga itu..tapi syukur episod hidup yang teruk itu telah mula berlalu pergi.

Apa yang saya lalui mengajar saya bahawa bijak dalam pelajaran tidak semestinya bijak dalam kehidupan.

Perkara yang lebih penting untuk di score bukan fizik, kimia dan matematik tapi sejauhmana Allah dalam hati seseorang

  • Bila ada problem, secepat mana dia boleh ingat Tuhan hingga hilang kerisauannya.
  • Bila nak sangat sesuatu, usaha sehabis baik, tapi tak dapat apa yang diingini. sejauhmana dia masih boleh berterima kasih kepada Tuhan dan meneruskan hidup tanpa berputus asa.
  • Bila mula malas dia akan ingat Tuhan, apa yang Tuhan sebut dalam kitabNya dan tiba-tiba tak jadi malas. Sebab teringat yang dalam Al Quran, Allah ulang banyak kali: orang yang masuk syurga adalah orang yang beriman dan membuat kebajikan. Biar misi hidupnya untuk beri manfaat kepada orang lain.
  • Yang bila dia sakit hati, takkan dibiarkan ia lebih parah. Dipujuk hati supaya relaks, tenang, diurus emosi semula. Sebab ingat yang dia ada Tuhan yang sentiasa sayangnya, lindunginya, yang akan limpahinya dengan kebahagiaan dan kejayaan.
    Saya fikir, inilah

“jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya…” (Alfatihah, ayat 7).

Nikmat apabila segala dalam hidup didasari cinta kepada Allah.

Inilah yang saya harapkan pada anak saya. Sebab itu saya ikhtiarkan untuk tanamkan cintanya kepada Allah. Allah awareness. Apa-apa pun dia mudah kaitkan dengan Allah. Di sinilah Teknik ADHA sangat membantu. Hari demi hari saya mula melihat kesannya.

Beberapa hari yang lalu, saya dan suami bawa anak-anak ke masjid Hasanah di Bangi untuk terawih. Saya tidak terawih kerana menjaga si adik yang sibuk berlari sana sini. Kakak yaya solat walaupun jauh di belakang. Selesai solat, dia nak beli air tin di vending machiene. Saya bagi duit dan hanya memerhatikan dari jauh dua beradik itu beratur dan beli air tin.

Sepatah kata yaya sebelum tidur buat saya benar-benar bersyukur.

Katanya

“Mama, tadi masa yaya nak beli air..yaya baca Bismillah….”

Allahuakbar. Sejuk hati mendengarnya. Terkejut pun ada. Dalam hati saya mengomel ‘Mama pun tak teringat nak baca Bismillah bila beli air’

Alhamdulillah, nama Tuhan itu begitu mudah keluar dari mulutnya. Inilah mutiara yang paling saya syukuri, dan saya tidak kisah apapun pencapaian anak dalam belajarnya nanti asal saja dia sudah usahakan yang terbaik.

Kerana pada saya, bila Allah ada dalam hatinya, itulah score A yang sebenar. Allahurabbi..nak nangis pula rasanya.

Saya harap kita dapat betulkan penilaian terhadap anak-anak.

‘Anak kita dari syurga, maka ke syurgalah kita perlu menghantar mereka kembali’

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.