Jika kita sering membaca atau menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak, pasti kita sering mendengar akan perkataan motor halus.
Apa itu kemahiran motor halus? Menurut Pn Siti ‘Aisyah Rozalli, seorang terapis carakerja, kemahiran motor halus adalah kefungsian pergerakan yang melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan.
Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen di bawah iaitu:
Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak.
Tapi, mesti ibu bapa tertanya-tanya bagaimana untuk merangsang kemahiran ini? Nah! saya kongsikan 10 aktiviti menarik untuk anak-anak anda.
Aktiviti ini akan membolehkan anak menggunakan jari jemarinya untuk mengutip setiap bola pom pom tersebut dan memasukkannya
ke dalam lubang tissue roll yang terlekat di dinding. Anak pasti teruja apabila melihat bola pom pom yang keluar dan terjatuh ke bawah ?
Jahitkan beberapa zip pada kain felt yang besar. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup zip-zip yang ada. Kemahiran ini juga dikenali sebagai pincer grasp iaitu kemahiran menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dalam masa yang sama. Aktiviti ini juga menguji kekuatan jari apabila membuka dan menutup setiap zip tersebut.
Ambil sahaja tapis-tapis yang ada di dapur anda, kemudian ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak. Bukan senang ye aktiviti ini bagi anak kecil, memang sangat menguji kesabaran mereka ?
Aktiviti ini paling mudah dan seronok bagi si kecil. Mereka akan leka memasukkan setiap batang aiskrim tersebut dalam bekas yang disediakan. Anak juga secara tidak langsung boleh belajar mengira sambil memasukkan batang aiskrim satu demi satu.
Ajarkan anak untuk memasukkan satu demi satu getah yang berwarna-warni pada setiap batang aiskrim yang ada pada polistren tersebut. Aktiviti ini juga boleh memperkenalkan anak akan kemahiran pengelasan iaitu memasukkan getah pada batang aiskrim yang mempunyai warna yang sama.
Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini juga adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok bertapa sukarnya anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah!
Aktiviti ini akan membantu anak untuk menggunakan jari bagi menarik dan menekan picagari tersebut. Daya kekuatan jari amat memainkan peranan untuk membolehkan air itu keluar dan masuk dari dalam picagari.
Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka.
Anak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.
Aktiviti ini membolehkan anak untuk memasukkan fur stick ke dalam lubang-lubang tapis yang disediakan.
Adalah lebih baik pada permulaannya ibu ayah menyediakan tapis yang mempunyai lubang yang lebih besar sebelum beralih ke lubang yang lebih kecil. Ini adalah untuk mengelakkan anak anda mengalami tekanan dan bosan diawal permainan ?
Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut.
Namun, terdapat kanak- kanak yang geli untuk memegang tanah liat. Mereka perlulah diberi pendedahan dengan permainan sensori yang pelbagai seperti pasir, buih, tepung dan lain-lain bagi merangsang sensori mereka dengan baik.
Selamat beraktiviti!