Tahun pertama bayi merupakan fasa yang amat kritikal dalam perkembangan otak manusia. Pada ketika ini, otak berkembang sangat pesat. Oleh sebab itu, rangsangan awal adalah sangat penting untuk memaksimumkan pertumbuhan dan perkembangan otak.
Tahukan anda semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 billion sel otak yang dikenali sebagai neuron. Setiap neuron ini di hubungi oleh axon yang mempunyai beratus ribu dendrait. Dendrait merupakan bahagian sel otak yang menerima rangsangan.
Rangsangan yang kerap dan berulang akan mengukuhkan jaringan (synapses) iaitu ibarat highway bagi otak. Apabila banyak jaringan synapses yang terbentuk, maka akan membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak bayi.
Persoalannya, bagaimana cara untuk kita merangsang perkembangan otak bayi kita ketika di awal usia ini? Ikuti 7 amalan yang di kongsikan oleh Puan Nik Eliani binti Nik Nawi di dalam buku penulis beliau.
Belai…
Peluk..
Cium..
Ini semua tanda kasih dan sayang ibu bapa kepada anak-anak. Menurut Tony Buzan, kasih sayang adalah makanan otak. Kasih sayang yang dicurahkan kepada anak akan menyebabkan otak dan seluruh sistem badan anak menerima rangsangan dan akan berkembang dengan baik.
Berbual-bual dengan bayi akan menambahkan kecerdasan bahasanya. Mereka akan terdedah dengan pelbagai perbendaharaan kata yang luas. Rangsangan ini akan sangat membantu dalam perkembangan bahasa di masa akan datang.
Gantungkan mobile berwarna hitam putih dalam ukuran jarak 25cm atau 10 inci daripada penglihatan bayi. Cara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhati bentuk geometri yang berwarna hitam dan putih semasa di awal usia dan mereka hanya mempunyai daya penglihatan yang terhad.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merangsang daya penglihatan dan penyimpanan kosa kata bayi.
Bagaimana pula caranya? Ikuti langkah ini:
Aktiviti dan pergerakkan dalam menyanyi, menari dan mendodoi akan membolehkan bayi menerima pelbagai rangsangan yang membantu dalam perkembangan deria penglihatan, pendengaran dan sistem vestibular mereka.
Pernah dengar midline crossing? Aktiviti pergerakan fizikal yang bersilang akan membantu dalam mengkoordinasi otak kiri dan kanan bayi dan seterusnya meningkatkan potensi otak mereka. Aktiviti midline crossing ini sangat penting kerana akan mempengaruhi dalam proses membaca dan menulis kelak.
Bacakan buku kepada bayi anda sambil jari kita menunjuk ke arah objek-objek di dalam buku tersebut. Gunakan pelbagai intonasi dan nada suara yang bersesuaian dengan jalan cerita. Adalah lebih baik jika buku-buku yang dibacakan itu berbentuk softbook dan mempunyai jenis tekstur fabrik yang berbeza bagi merangsang daya sentuh (tactile) bayi.
Jangan sia-siakan usia awal bayi anda. Lakukan pelbagai simulasi kerana akan membantu perkembangan bayi anda dalam segala aspek tumbesaran mereka.
Selamat Mencuba! ❤
Sumber: Buku “Ajar Anak Kecil Membaca Awal” yang ditulis oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi & Encik Othman Ahamad.