Tidak mudah untuk melayan kerenah anak yang cerewet. Terutamanya apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam diberikan. Sesekali tentu anda pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan.

Sudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si dia tetap cerewet. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan ini.

Sebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh keterlaluan memaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak anda terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini dikongsikan tips untuk mengatasinya.’

Melayan anak cerewet

Melayan anak cerewet  [PaMa]


 

Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.

5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet

  1. Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baharu itu.Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
  2. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
  3. Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan. Contohnya jika anda berkata“Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa?”Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.”Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidang sahaja.
  4. Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan. Ia termasuk membeli belah dan penyediaan makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
  5. Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.

3 Perkara Jangan Lakukan!

  1. Elakkan memberi tekanan pada dirinya. Jangan terlalu mendesak anak anda untuk menghabiskan apa yang ada dalam pinggannya jika dia sudah tidak mahu.
  2. Elakkan memberi rasuah. Ya, elakkan dengan merasuah anak anda untuk makan dengan memberi ganjaran seperti gula-gula atau apa sahaja. Ini akan menyebabkan anak anda mengambil kesempatan di kemudian hari.Cara terbaik adalah dengan memberi bahagian yang sedikit kepada dirinya untuk makan. Serta berikan peluang kepada dirinya untuk meminta tambahan makanan.
  3. Usah terlalu risau. Jangan belasah bersalah jika anak anda tidak menyukai atau tidak menghabiskan sesuatu. Selalu letakkan di minda bahawa anak anda tidak akan berlapar melainkan dirinya sakit. Jadi elakkan diri daripada terlalu risau.

Semoga artikel ini membantu.

Sebahagian artikel ini diberi kredit kepada PaMa.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.