Baru-baru ini telah tular akan laporan sebuah akhbar yang melaporkan peningkatan peratusan murid-murid tahun 1 yang buta huruf dan tidak tahu membaca. Isu ini telah menimbulkan suasana panik di kalangan ibu bapa.

Tapi, JANGAN PANIK!!!!

Kenapa kita tidak seharusnya panik?. Ini kerana berdasarkan kajian, kanak-kanak hanya bersedia untuk membaca pada usia 6 hingga 7 tahun. Adalah normal mengikut perkembangan kanak-kanak jika mereka hanya bersedia untuk belajar membaca ketika darjah 1 di sekolah. Ia normal!Tidak perlu panik.

Ibu bapa perlu bertenang. Fahami dan pelajari dahulu perkembangan awal kanak-kanak. Jangan bebankan mereka dengan sesuatu yang mereka belum bersedia.

Mungkin anak kita tidak mampu membaca di awal usia seperti sesetengah kanak-kanak yang “word smart” dimana sudah boleh membaca ‘surat khabar’ pada usia 4 dan 5 tahun. Namun, mereka pasti mempunyai kebolehan dan kecenderungan ke arah bidang lain seperti yang diterangkan dalam teori yang diasaskan oleh Howard Gardner “Theory of Multiple Intelligences”.

Menurut teori ini, setiap manusia mempunyai 9 (atau lebih) multiple intelligences. Setiap manusia itu berbeza. Sama juga seperti anak-anak kita. Sudah pasti ada intelligences yang mereka lebih dominan daripada yang lain. Kenali potensi anak dan didik mereka mengikut minat dan kelebihan yang ada dalam diri mereka.

Multiple Intelligence

Imej via facebook

Namun, perkara penting yang patut ditanam dalam diri anak-anak ialah MINAT untuk membaca terlebih dahulu. Luangkan masa untuk membaca bersama anak-anak dengan pelbagai buku kegemaran mereka. Wujudkan suasana ilmu di dalam rumah dan cipta ruang mini perpustakaan buat keluarga. Usaha ini secara tidak langsung akan mewujudkan budaya membaca dan minat itu pasti tertanam dalam diri mereka sehingga dewasa kelak.

Minat Membaca

Salah satu usaha untuk menarik minat anak-anak kecil untuk membaca ialah dengan mencipta pelbagai permainan kreatif supaya suasana dan proses membaca itu seronok dan menghiburkan.

Jom ikuti beberapa idea kreatif daripada Puan Azrina dalam menarik minat anak kecil membaca. Anak pasti tidak bosan!

1. Menyanyi Dan Menari

Biasakan anak-anak dengan lagu-lagu fonik yang mengajar bunyi-bunyi huruf sebagai asas dalam proses membaca. Kaedah fonik terbukti berkesan dan pantas dalam mengajar kanak-kanak untuk membaca. Perkara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bahawa otak manusia membaca dengan cara memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi.

Antara lagu-lagu fonik yang baik untuk didengar oleh kanak-kanak ialah ABU ADA AYAM untuk Bahasa Malaysia dan CORY CAT untuk Bahasa Inggeris. Mereka boleh menyanyi sambil mengikut pergerakan di dalam video tersebut. Kaedah ini pasti banyak membantu anak-anak untuk mudah mengingati setiap bunyi huruf yang ditayangkan.

Lagu fonik

2. Tanah Liat

Tanah liat dan kanak-kanak memang berpisah tiada ?. Ajak anak bermain tanah liat sambil membentuk pelbagai huruf dan suku kata.

Sebagai permulaan, bentuk huruf tanpa gabungan huruf yang lain sambil membunyikannya. Jika anak sudah mahir bunyi setiap huruf, bolehlah digabungkan bunyi-bunyi huruf yang lain pula.

Idea Ajar Membaca - Tanah Liat

3. Memancing Huruf

Siapa cakap nak pancing ikan hanya boleh di sungai atau di laut sahaja? Memancing di dalam rumah pun boleh.?

Kelipkan klip kertas pada kertas-kertas yang telah dipotong dan ditulis huruf. Sediakan alatan memancing dan lekatkan magnet padanya seperti ‘umpan’. Suruh anak ‘pancing’ huruf yang kita bunyikan.

Anak pasti teruja untuk memancing huruf yang disebut ibu bapa. Mereka akan berusaha keras untuk memastikan umpan mereka terlekat pada bunyi huruf yang betul. ?

Idea Membaca - Memancing

4. Menampal Huruf

Tulis huruf yang ingin dipelajari pada potongan kecil kertas. Ajarkan anak untuk memadankan huruf yang betul seperti yang tertera pada kad imbas. Sambil memadan dan melekat kertas huruf, ibu bapa bolehlah membunyikan gabungan huruf tadi bersama anak.Idea membaca-menampal huruf

5. Penutup Botol

Hanya menggunakan penutup botol terpakai, tuliskan beberapa huruf konsonan dan vokal untuk membentuk gabungan bunyi.

Bagi anak-anak yang sudah mahir, galakkan mereka untuk membentuk gabung bunyi sendiri hasil pembelajaran sebelum ini. Aktiviti ini mampu menguji sejauh mana tahap membaca mereka.

Idea Membaca-Penutup Botol

6. Main Tembak-Tembak

Aktiviti ini pasti menyeronokkan. Kanak-kanak memang suka bermain dengan air. Mereka pasti suka bermain pistol air seperti ini sambil belajar membaca.

Cara bermainnya ialah ibu bapa membunyikan gabungan huruf yang dikehendaki dan anak akan menembak ke arah kertas yang betul. Selain belajar membaca, aktiviti ini juga dapat menguji daya fokus dan visual anak-anak untuk menembak ke arah sasaran dengan tepat.

Idea Membaca- Pistol Air

7. Bola Pom Pom

Pelbagai kaedah bermain boleh dilakukan dengan hanya menggunakan bola pom pom ini. Salah satunya ialah meniup bola pom pom ke dalam cawan dengan menggunakan straw.

Wah!nampak menarik bukan? Mesti anak-anak teruja untuk memastikan bola tersebut masuk ke dalam cawan sampai termengah-mengah meniup straw tersebut. ?

Bola Pom Pom

8. Bermain Suai Padan

Aktiviti ini memang terbaik. Bukan sahaja bantu anak membaca tetapi mampu menguji daya visual dan meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

Anak-anak akan memadankan suku kata yang sama dengan menggunakan getah yang disediakan. Sungguh kreatif ibu ini mencipta permainan yang menarik seperti ini!

Idea Membaca-suai padan

9. Penyepit Baju

Ibu bapa boleh membuat  beberapa potongan kecil kad dan menulis perkataan yang ingin dipelajari di atasnya. Setiap kad haruslah mempunyai beberapa perkataan yang lain agar anak-anak dapat meneka  perkataan yang akan dibunyikan semasa permainan dijalankan.

Aktiviti ini akan membantu anak fokus untuk memilih perkataan yang tepat sambil mengasah kemahiran motor halus mereka untuk mengawal pergerakan dan otot jari semasa menggunakan penyepit baju tersebut.Idea Membaca-Penyepit Baju

10. Bermain Masak-Masak

Aktiviti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sudah mahir membaca supaya ibu bapa boleh menguji tahap penguasaan kemahiran membaca anak-anak mereka.

Tuliskan beberapa menu di atas kertas. Pastikan perkataan yang ditulis menggunakan warna yang berbeza agar mereka mudah untuk membaca suku kata yang terdapat dalam satu perkataan. Anak-anak pasti leka bermain permainan ini terutamanya anak perempuan. ☺

Idea Membaca-Memasak

11. Cawan Polistren

Pelbagai permainan yang kreatif boleh dicipta dengan hanya menggunakan cawan polistren. Salah satu idea yang menarik ialah dengan menutup suku kata yang sama atau bermain memory game iaitu menutup semua bulatan tersebut dan hanya membuka suku kata yang sama sahaja.

Permainan ini akan lebih menarik jika ibu bapa memasang lagu kanak-kanak yang berentak rancak kerana akan membuatkan kanak-kanak teruja untuk membuka setiap cawan tersebut dengan lajunya mengikut rentak lagu.?Idea Membaca-cawan polistren

12. Bermain Warna Air

Mewarna sambil belajar membaca sampai comot-comot! Anak pasti seronok!

Anak-anak perlu mewarna suku kata yang sama sambil membunyikannya dengan menggunakan warna air yang berwarna-warni.

Bunyikanlah suku kata tersebut sambil menyanyi. Suasana belajar itu pasti bertambah menarik!

Idea Membaca-Warna Air

Selamat Mencuba!❤

 

Sumber: Hasil perkongsian Puan Azrina di laman facebook beliau.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.