Tak semua orang suka dengan Nasi Tomato. Mungkin kerana rasanya yang kadang kala terlebih masam dan memedihkan perut. Anda mungkin patut cuba resepi menarik ini yang memang dijamin tidak berapa masam menurut empunya resepi.

Nasi Tomato boleh dihidangkan pada kenduri kendara, atau pun untuk makan tengah hari mahupun makan malam bersama seisi keluarga anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Nasariah Aziz dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato
Imej via Facebook

Bahan Bahan

Nasi Tomato

  • 4 cawan beras (dibersih dan ditoskn)
  • minyak sapi(kalau tak ada boleh guna marjerin)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang holland dicincang dadu
  • Setengah botol sos cili atau sos tomato (kalau nak warna nasi cantik letak lebih pun boleh)
  • Sebiji tomato dicincang dadu
  • Kiub ayam

Bahan kisar

2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng separuh masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang holland dipotong bulat
  • 1batang serai di titik

Bahan kisar

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Acar Timun

  • Timun
  • Karot
  • Cili merah
  • Bawang besar
  • Sedikit cuka makan
  • 2 senduk gula pasir
  • Garam

Cara Cara Memasak

Nasi Tomato

  1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
  2. Masukkan bahan yang dah dikisar halus.
  3. Masukkan pula bahan yang dicincang dadu tadi.
  4. Kecilkan api dan tuangkan sos cili, masuk kiub ayam, garam dan sedikit ajinamoto. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.
  5. Kacau rata-rata selama 1-2 minit, masuk 1 cawan setengah air, (kalau nak letak air lebih pun boleh ikut masing masing ,tapi nasi dah masak atas dapur agak kembang, letak air lebih nanti nasi hancur)
  6. Biarkan cecair meresap ke dalam beras sebentar.
  7. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak

Ayam Masak Merah

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar,,
  2. Masukkan serai, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga agak masak
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa dan gula. Kacau rata.
  6. Masukkan ayam yang dah di goreng. Kacau rata biarkan sebentar sampai ayam betul betul masak, masuk bawang holland yang dipotong bulat gaul hingga bawang layu tutup api

*Tips nak ayam masak merah sedap serai dikisar bersama bahan kisar lain

ACAR TIMUN

  1. Masukkan cuka, gula dan garam dan dikacau hingga hancur.
  2. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus
  3. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa

Siap untuk dihidang nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar, selamat mencuba

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.